Ramai yang tertanya-tanya adakah Tasha Shilla akan turut menyaman Neelofa atas kenyataan yang telah dikeluarkan sebelum ini. Dan semalam, menerusi BiPop, Tasha Shilla menyatakan yang dia tidak bercadang mahu memanjangkan kisah tersebut dan tidak akan menyaman Neelofa. Malah Tasha turut berkata yang dia tidak mahu masuk campur dalam perbalahan yang sedang terjadi antara Anzalna dan Neelofa.
Kata Tasha Shilla:-
Industri hiburan kita kecil saja, sekiranya membabitkan sebarang tindakan perundangan, ia akan menyulitkan kerja kita pada masa akan datang. Saya tak berniat untuk ambil tindakan undang-undang ke atasnya. Saya juga tidak mahu menyimpan perasaan dengki mahupun busuk hati kepada individu lain. Saya sudah memberikan kenyataan kepada BiPop pada 27 Mei lalu dan itu adalah kenyatan terakhir saya. Jadi, saya tidak mahu mengulas apa-apa lagi.
Saya tidak mahu masuk campur mengenai perbalahan yang berlaku antara Anzalna dengan Neelofa. Bagaimanapun, saya berharap mereka berdua dpat menyelesaikan masalah secara aman, tak perlu nak diperbesarkan sampai ke peringkat mahkamah.
Tiba-tiba Abang Nara terasa respek sangat-sangat kepada Tasha Shilla yang sangat cool menangani isu ini. Kalau diikutkan, boleh je Tasha nak saman Neelofa. Namun daripada menghabiskan masa turun naik ke mahkamah, nampaknya Tasha mahu lebih menumpukan perhatian kepada kerjayanya. Tahniah kepada Tasha Shilla atas keputusan yang diambil ini. Anda memang hebat!!!