Written by AbangNara | June 11th, 2012

Abang Nara sudah berjanji kepada anda semua untuk mengeluarkan kenyataan Tasha Shilla yang kecewa dengan Neelofa kerana mempertikaikan kemenangannya di dalam ABPBH2011. Kenyataan ini tersiar di dalam BiPop 2 minggu yang lalu. Untuk anda yang tidak tahu, Anzalna minggu ini mengeluarkan kenyataan selepas membaca luahan isi hati Tasha Shilla ini.

tasha shilla

Secara jujur, Abang Nara meminati dan menggemari Neelofa. Kalau ada yang kata Abang Nara bias, itu agak tidak logik. Kalau bias, sudah pasti Abang Nara takkan mengeluarkan kenyataan Tasha Shilla ini. Tak gitu? Walaupun peminat Neelofa, Abang Nara cuba berlaku seadil mungkin di dalam mana-mana isu. Untuk makluman, Tasha Shilla membuat luahan ini selepas Neelofa mengeluarkan kenyataan di dalam sebuah majalah yang berbunyi sebegini:-

Sebanyak 95 peratus kawan-kawan atau orang yang Lofa jumpa semua bertanya, siapa dia (Tasha)? Jadi, bila ada cerita yang mengatakan kononnya pemenang itu membeli suratkhabar untuk menang, Lofa pun tertanya-tanya. Pada Lofa, nak sangat menang, bagilah. Dia menang pun tak menjejaskan apa-apa. Katakanlah Najwa Latiff menang, itu logiklah kan? Ini sebaliknya. Tolonglah. Sebab itu Lofa cakap Lofa tak kisah kalah di tangan Najwa Latiff sebab dia memang popular. Bukan di tangan pelakon itu. Kalau labur berpuluh ribu semata-mata nak dapat award, bagi Lofa lupakanlah. Lebih baik Lofa gunakan duit it utuk bayar wang pendahuluan rumah atau benda lain. Tak berbaloi langsung.

lofa

Dan ini pula luahan hati Tasha Shilla selepas membaca kata-kata Neelofa:-

Bagi saya, semua calon Top 5, popular dan mereka berpeluang untuk menang. Hanya Lofa seorang sahaja yang dilihat seolah-olah mempertikaikan kemenangan saya, calo lain tak cakap apa-apa pun, malah ucap tahniah lagi. Dari situ saya dah nampak, Lofa seorang sahaja yang bermasalah. Mungkin sebelum ini Lofa memandang rendah terhadap saya.

Lofa nie depan saya lain, belakang lain. Selepas membaca kenyataannya, saya rasa Lofa seorang yang bermuka-muka. Bagi saya, dia ada perasaan busuk hati, sebab tu dia boleh mengeluarkan kenyataan berkenaan. Lofa sendiri yang menunjukkan dirinya tidak berpuas hati dengan saya menerusi kenyataannya sebelum ini. Orang yang membaca kenyataannya, boleh membuat penilaian mereka.

Melalui twitter, Lofa tulis “next year kita pun kena beli paper satu lori juga”. Bagi saya, sekiranya tahun depan dia tercalon sekali lagi dalam Top 5, beliau nak beli satu lori, terpulanglah. Itu usaha dia. Masing-masing ada peminat. Apa yang ditulisnya itu menunjukkan Lofa tak boleh terima kenyataan. Bagi saya, Lofa tak perlulah mengaibkan saya, cakap saya macam-macam.

Apabila saya ada kawan seperti Lofa, lebih baik saya menjauhkan diri daripadanya. Sepatutnya dalam industri, tak boleh ada perasaan busuk hati kerana kita perlu sokong kerjaya masing-masing.

Kalau kita tak menang, sewajarnya kita berusaha lebih gigih. Sekiranya nak bersaing, biarlah sihat, bukannya mengeluarkan kenyataan negatif untuk menjatuhkan pihak lain.

Bagi saya sebelum kita nak mengata perihal orang lain, cerminlah diri sendiri dulu. Kenyataan Lofa ibarat meludah ke langit, terkena mukanya sendiri.

Adakah akan ada selebriti lain yang mengeluarkan kenyataan tentang Neelofa lagi selepas ini? Isu ini agak panas di Twitter hari ini dengan beberapa selebriti kelihatan melahirkan rasa sokongan terhadap Anzalna dan Tasha Shilla. Namun ada juga beberapa selebriti yang menyebelahi Neelofa. Rasanya jalan penyelesaian terhadap isu ini akan tiba tidak lama lagi seperti yang dikatakan oleh Neelofa di dalam Twitternya. Sama-sama kita nantikan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

433 responses to Tasha Shilla Kecewa Dengan Neelofa Pertikai Kemenangan ABPBH2011

  1. missl says:

    sy rasa lofa jd artis sebab kecantikan n keseksian dia…tp bakat lakon dia xder… sedangkan Tasha plak seiring..kecantikan dan bakat dia…sya suka tgk lakonan2 dia…sya dh tgk lakonan lofa…x best…

  2. mr.pingu says:

    aku pun sbnrnya xkenal tasha shila ni dan tibe2 dia menang mmg pelik juga.. neelofa pula mmg popular dan menjadi sebutan namanya.. tp silapnya disini neelofa terlalu open dlm memberikan pendapatnya.. pendam dlm hati dh la.. ingat la artis kenyataan korang walaupun jujur dr hati xsemestinya akan membawa kesan baik kpd semua pihak.. sekarang masing2 dh saling menuduh dan sebagainya.. setiap org ada pendapat masing2..

  3. xmo publisiti says:

    biar lah tasha shila menang pun…neelofa xyah la dengki,,,dulu minat neelofa…skang x minat…lebih baik fafau sorang je jdi pengacara nona…huhu

  4. girl says:

    alzana & tasha ni sepakat nak jatuhkan lofa, sbb lofa lagi popular,itu lah moral artis skrg, skit2 ckap kat paper. kita yg sbgai peminat tak usah masuk cmpur, semua mreka ni ada keburukan masing2, tak ada org nak mengaku buat benda tak baik, apalagi mereka ni adalah public figure, semua nak tunjukan dri sendiri adalh yg terbaik, walaupun artis tu selalu dpt arward tak semesti nya dia adalah terbaik, tersopan,terajin, berbudi perkerti dan di antara yg terbaik, sbagai cth FAHSA SANDHA, tapi ni brgantung kepada rezeki masing2, kalau pandai auta perminat lagi senang, kepada semua pengomen kat sini fikir2kan sblm nak menyalahkan dan menegakkan satu2 pihak…kita ni bukan kerbau senang nak kena cucuk hindung, suka artis ni ikut je rentak dia benci org ni suka org ni..kita follow je, itu org BODOH nama nya..

  5. soyasoyigurl says:

    pasal benda nie pun nk bergaduh..TS dh menang,jgnlah nk pertikaikan lg…udah2lah..dh rezeki die..aku x menyebelahi mana2 pihak..lagipun aku pun ngat najwa latif yg menang tp TS yg menang..tp nk di ikut-ikutkan balik,TS die punya lakonan kira oklah dan die kena byk improve lakonan die…mungkin org kt luar cna suka tgk lakonan die dlm ramadan terakhir kot..itu yg org vote tuk die..

  6. Anonymous says:

    kenapa nak pertikai pulak kemenangan tasya..aku kenal tasya dulu daripada neelofa..aku kenal tasya sebagai pelakon.dan aku kenal neelofa sebab gosip..
    dulu aku pon tanya kawan aku siapakah neelofa ittewww

  7. akuorgbiasa says:

    cantik ke neelofa ni..? aku tgk dia berlakon pakai tudung biasa je.. typical muka org kelantan… dek kerana nak glamer.. haihhh..

  8. Cencurut says:

    ak ingt dorang ni gaduh pasai rebut Tittle “Ustazah Pilihan” upenye nk Bising pasai anugerah Selangkah ke neraka ker….

  9. ss says:

    lofa tak perlu komen apa2 tentang orang lain.. takkan anugerah tahun2 akan datang pun dia nak beli paper 1 lori.. yang penting usaha kita sendiri pasti peminat vote..

  10. Kechiwa dgn artis Malaysia says:

    nie lah dia artis Malaysia.. sikit—.sikit kontroversi… bosan baca dowh..tak membina langsung… baik layan KPOP.. dah sah-sah hati senang n cuci mata tgk balak handsome.. wakakaka..

  11. Anonymous says:

    neelopak asal kelantan malukan kelantan je dedah tetek sana sini. puiiii

  12. yang adil says:

    memalukan betul lh korang ni..bersainglh dgn sihat..

  13. tukang says:

    lebih baik aku tgk blue dari duk lyn crita lofa dgn tasha nih..
    dua2 cam taik.tp body lawa.hikhik

  14. tukang says:

    ladyheart.komen mcm ntah pape.

  15. man cendol. says:

    tak best ar camni..gadoh2 mulut, lagi sebulan nk pose..pohon kemaafan kalian semua..eratkan ukhuwah sesama umat..ingat wasiat Rasullullah SAW..bertaubat sebelum trlmbat…PEACE NO WAR

  16. huma says:

    lofa pelakon ke? tak tau plak hamba…tapi watak jahat tasha shilla hamba igt sgt2…memang jahat tak igt la…

  17. AizhArora says:

    adoi plzz laa neelofa ko blakon dlm cite azura kelaut… tasha tu tak blakon filem drama die sume tip top… memang die layak menang tgk je drama die yg popular… ko ade?

  18. nichaecha says:

    very typical….

  19. aku la says:

    poyo la lofa tu….pendengki…suka hati la TS tu nak beli s/khabar 1 lori pun…ko pun boleh beli gak kan??? lakonan ko pun ntah hape2..xtau malu sungguh… hidup TS!!

  20. tak minat lofa says:

    lofa belakon tak best,jadi pengacara pun xbest.pendek kata xde bakatla.harap muka je lawa

  21. syabas Tasha says:

    Sape neelofa ni? berlakon pon teruk, ada hati nak kutuk Shila yg pandai berlakon? aku suka part Shila berlakon pakai tudung kat perth tu, kelas! & part dia berlakon jadi terencat tu, variety la lakonan dia, lakonan pon mantap gitu. mmg patut la dia menang!

    ini ulang berlakon cerita azura, keras mcm btg kayu, dah la tak pandai berlakon. jgn harap la org nak tgk muka kau kat panggung. dasar busuk hati, mcm la kau tu bagus. aku rasa baik kau pegi ambik sijil berlakon dulu la neneklofa.