Abang Nara sudah berjanji kepada anda semua untuk mengeluarkan kenyataan Tasha Shilla yang kecewa dengan Neelofa kerana mempertikaikan kemenangannya di dalam ABPBH2011. Kenyataan ini tersiar di dalam BiPop 2 minggu yang lalu. Untuk anda yang tidak tahu, Anzalna minggu ini mengeluarkan kenyataan selepas membaca luahan isi hati Tasha Shilla ini.
Secara jujur, Abang Nara meminati dan menggemari Neelofa. Kalau ada yang kata Abang Nara bias, itu agak tidak logik. Kalau bias, sudah pasti Abang Nara takkan mengeluarkan kenyataan Tasha Shilla ini. Tak gitu? Walaupun peminat Neelofa, Abang Nara cuba berlaku seadil mungkin di dalam mana-mana isu. Untuk makluman, Tasha Shilla membuat luahan ini selepas Neelofa mengeluarkan kenyataan di dalam sebuah majalah yang berbunyi sebegini:-
Sebanyak 95 peratus kawan-kawan atau orang yang Lofa jumpa semua bertanya, siapa dia (Tasha)? Jadi, bila ada cerita yang mengatakan kononnya pemenang itu membeli suratkhabar untuk menang, Lofa pun tertanya-tanya. Pada Lofa, nak sangat menang, bagilah. Dia menang pun tak menjejaskan apa-apa. Katakanlah Najwa Latiff menang, itu logiklah kan? Ini sebaliknya. Tolonglah. Sebab itu Lofa cakap Lofa tak kisah kalah di tangan Najwa Latiff sebab dia memang popular. Bukan di tangan pelakon itu. Kalau labur berpuluh ribu semata-mata nak dapat award, bagi Lofa lupakanlah. Lebih baik Lofa gunakan duit it utuk bayar wang pendahuluan rumah atau benda lain. Tak berbaloi langsung.
Dan ini pula luahan hati Tasha Shilla selepas membaca kata-kata Neelofa:-
Bagi saya, semua calon Top 5, popular dan mereka berpeluang untuk menang. Hanya Lofa seorang sahaja yang dilihat seolah-olah mempertikaikan kemenangan saya, calo lain tak cakap apa-apa pun, malah ucap tahniah lagi. Dari situ saya dah nampak, Lofa seorang sahaja yang bermasalah. Mungkin sebelum ini Lofa memandang rendah terhadap saya.
Lofa nie depan saya lain, belakang lain. Selepas membaca kenyataannya, saya rasa Lofa seorang yang bermuka-muka. Bagi saya, dia ada perasaan busuk hati, sebab tu dia boleh mengeluarkan kenyataan berkenaan. Lofa sendiri yang menunjukkan dirinya tidak berpuas hati dengan saya menerusi kenyataannya sebelum ini. Orang yang membaca kenyataannya, boleh membuat penilaian mereka.
Melalui twitter, Lofa tulis “next year kita pun kena beli paper satu lori juga”. Bagi saya, sekiranya tahun depan dia tercalon sekali lagi dalam Top 5, beliau nak beli satu lori, terpulanglah. Itu usaha dia. Masing-masing ada peminat. Apa yang ditulisnya itu menunjukkan Lofa tak boleh terima kenyataan. Bagi saya, Lofa tak perlulah mengaibkan saya, cakap saya macam-macam.
Apabila saya ada kawan seperti Lofa, lebih baik saya menjauhkan diri daripadanya. Sepatutnya dalam industri, tak boleh ada perasaan busuk hati kerana kita perlu sokong kerjaya masing-masing.
Kalau kita tak menang, sewajarnya kita berusaha lebih gigih. Sekiranya nak bersaing, biarlah sihat, bukannya mengeluarkan kenyataan negatif untuk menjatuhkan pihak lain.
Bagi saya sebelum kita nak mengata perihal orang lain, cerminlah diri sendiri dulu. Kenyataan Lofa ibarat meludah ke langit, terkena mukanya sendiri.
Adakah akan ada selebriti lain yang mengeluarkan kenyataan tentang Neelofa lagi selepas ini? Isu ini agak panas di Twitter hari ini dengan beberapa selebriti kelihatan melahirkan rasa sokongan terhadap Anzalna dan Tasha Shilla. Namun ada juga beberapa selebriti yang menyebelahi Neelofa. Rasanya jalan penyelesaian terhadap isu ini akan tiba tidak lama lagi seperti yang dikatakan oleh Neelofa di dalam Twitternya. Sama-sama kita nantikan.