March 3rd, 2015

Desas-desus ini pastinya menggembirakan hati para jejaka yang menyimpan perasaan kepada pelakon jelita, Tasha Shilla. Umum mengetahui yang Tasha sedang bercinta dengan seorang jejaka bernama Hans. Hubungan mereka tidak disorokkan malah Tasha mengakui sedang merancang untuk berkahwin tahun ini dengan jejaka tersebut. Malah khabarnya Tasha dan Hans kedua-duanya sudah pun menghadiri kursus perkahwinan yang merupakan syarat wajib kahwin di Malaysia untuk mereka yang beragama Islam.

tasha shila

Namun menurut laporan MalaysianGazette, Tasha Shilla dan Hans dilaporkan sudah pun putus cinta. Perhubungan mereka tamat kerana perbezaan agama. Malah di dalam temuramahnya bersama portal tersebut, Tasha memaklumkan yang masih lambat untuk dirinya bergelar seorang isteri. Hmmmm. Nampaknya ada can la untuk lelaki lain di luar sana mengisi kekosongan hati Tasha Shilla.b

tasha shilla

Sememangnya percintaan berbeza agama lebih banyak rintangan dan halangan. Kalau silap sedikit, pasti akan timbul konflik yang boleh membawa kepada perpisahan. Kepada Tasha, jika desas-desus ini benar, bertabahlah. Pasti ada lelaki yang lebih baik buat anda di luar sana. Buat masa ini, tumpukanlah pada kerjaya. Takziah Tasha Shila!!


Comments are closed.

Loading...