Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tasha Shila Akhirnya Dedah Punca Sebenar Putus Cinta

Hampir dua tahun menyulam cinta Tasha Shila dan kekasihnya seorang peninju Muay Thai, Hans Wong membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing apabila mereka putus cinta kira-kira dua bulan lepas.

Pelbagai spekulasi yang melanda hubungan mereka termasuklah nama penyanyi Kaka Azraff turut dikaitkan sebagai orang ketiga yang memusnahkan percintaan mereka. Walaubagaimanapun, Kaka dalam satu kenyataan sebelum ini menafikan sekerasnya perkara tersebut.

Advertisement

Setelah lama berdiam diri, akhirnya Tasha telah tampil mendedahkan punca sebenar beliau dan Hans berpisah. Jelas aktres tersebut, perpisahan mereka adalah kerana beliau ingin memperbaiki diri sebelum menempuh alam perkahwinan pada masa hadapan dan menganggap tiada jodoh diantara mereka serta apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

Saya percaya perpisahan ini mungkin satu petanda untuk saya memperbaiki diri dalam menempuh alam perkahwinan nanti. Ia memberi peluang kepada saya untuk tidak membuat pilihan pasangan hidup secara tergesa-gesa.

Saya juga percaya perpisahan ini adalah demi kebaikan masing-masing, selain menganggap perhubungan ini tiada jodoh untuk ke alam perkahwinan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Perkara yang berlaku tidak membuatkan Tasha merasa serik untuk bercinta lagi.  Malah, beliau dan Hans masih lagi berkawan baik meskipun kini mereka tidak lagi bersama.

Tidak terlintas untuk saya serik bercinta lagi. Bagaimanapun, tumpuan saya kini adalah terhadap karier seni.

Jadi benarlah Kaka Azraff bukan perosak hubungan orang seperti yang Tasha pernah nyatakan sebelum ini? Hurm.. Kan lebih elok jika anda terus terang dari awal tiadalah peminat atau masyarakat tertanya-tanya.

Sumber Berita: Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top