Tasha Manshahar Akui Serba Salah Kerana Suami Rajin Bantu Buat Kerja Rumah

Hiburan

Tasha Manshahar Akui Serba Salah Kerana Suami Rajin Bantu Buat Kerja Rumah

Teruja apabila suaminya Fahrur Raqib Abdul Majid sering membantunya dalam menguruskan kerja rumah, penyanyi Tasha Manshahar akui perkara tersebut memudahkan urusan hariannya.

Advertisement

Perkara itu dikongsi sendiri oleh Tasha menerusi sebuah video yang dimuat naik olehnya di laman Instagram yang tampil memberi “penghargaan” kepada suami yang setia membantu beliau melakukan kerja rumah.

Malah, rentetan sifat rajin suaminya itu, beliau juga seakan serba salah dibuatnya.

“Cari-cari Raqib sekali rupanya dia dekat dapur basuh pinggan mangkuk. Ayang thank you ayang basuh pinggan, patutnya saya yang buat.”

Menurut Raqib, sudah menjadi adat buatnya supaya sentiasa membahagikan tugas sebagai suami isteri.

“Ala tak ada la, tadi kan awak dah masak ni saya basuh pinggan kita bahagi-bahagi lah tu je sebenarnya. Takkan isteri nak buat semua, bila buat sama-sama tu orang kata lebih manis!”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan kata pujian buat pasangan ini yang dilihat langsung tidak berkira dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Malah, mereka juga seolah gembira melihat kebahagiaan pasangan romantis ini.

Untuk rekod, Tasha dan suami telah sah mendirikan rumah tangga pada 8 September 2018.

Hasil perkahwinan itu, mereka kini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muammar Rafiqi yang kini berusia setahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...