Tasha Manshahar Akui Menangis Tengok Konsert Tribute Arwah Sandra Dianne

Hiburan

Tasha Manshahar Akui Menangis Tengok Konsert Tribute Arwah Sandra Dianne

Mendengar berita pemergian bintang Big Stage 2020, Sandra Dianne yang meninggal dunia Jumaat lalu, penyanyi Tasha Manshahar akui dirinya turut merasai perkara itu seperti kehilangan besar dalam hidupnya.

"Arwah Tinggalkan Banyak Perkara Untuk Kita Muhasabah" - Tasha Manshahar Menangis Tengok Konsert Tribute Arwah Sandra

Advertisement

Biarpun hanya mengenali arwah sebagai rakan industri, namun menurut Tasha, berita kematian Sandra itu benar-benar memberi impak kepadanya. Bahkan, sewaktu menyaksikan konsert tribute Sandra Dalam Kenangan, kata Tasha emosinya turut tersentuh.

https://www.instagram.com/p/CFFTTVpAShx/?utm_source=ig_embed

“Sepanjang menonton #bigstage2020 #sandradalamkenangan, saya betul-betul terkesan. Tak sangka akan sama-sama nangis. Lagi terkesan bila Farisha bagitahu yang sebelum kemalangan, arwah ada tunjuk DM-DM haters hantar kepada arwah dan itu buat arwah sangat down.”

Dalam pada itu, Tasha mendedahkan, pemergian penyanyi yang popular menerusi lagu “Hey kau” itu sebenarnya meninggalkan banyak iktibar kepada kita semua untuk terus bermuhasabah.

"Arwah Tinggalkan Banyak Perkara Untuk Kita Muhasabah" - Tasha Manshahar Menangis Tengok Konsert Tribute Arwah Sandra

“Sedih ni bukan sedih yang biasa. Sedih bercampur cemburu. Cemburunya sebab sebegini sekali ramai orang menceritakan kebaikan dia, sedangkan selama ni tak ramai pun perasan kewujudan arwah. Arwah tinggalkan kita dengan banyak perkara untuk kita muhasabah.”

Bagaimanapun, Tasha khabarnya seakan terkilan dengan sikap segelintir pihak yang dengan mudah melontarkan kata-kata tanpa memikirkan sensitiviti.

"Arwah Tinggalkan Banyak Perkara Untuk Kita Muhasabah" - Tasha Manshahar Menangis Tengok Konsert Tribute Arwah Sandra

“Ada benda yang lebih baik kalau disimpan sendiri supaya tak menyakitkan hati. Arwah dah selesai tugas dia di dunia, kita ni? Allah bagi masa untuk kita beringat sebenarnya. Kita sendiri pun dah kesuntukan masa. Kenapa bazir buat atau bercakap benda tak berpahala.”

Untuk rekod, Sandra telah pergi menghembuskan nafas terakhir pada 11 September lalu selepas lima hari bertarung nyawa di hospital akibat kemalangan jalan raya di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) ketika sedang menuju ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menjalani sesi latihan penuh konsert minggu keempat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...