Tarikh Sebutan Kes Cerai 20 November Ini, Diana Danielle Fail Cerai Atas Alasan Shiqaq Berpanjangan Terhadap Farid

Hiburan

Tarikh Sebutan Kes Cerai 20 November Ini, Diana Danielle Fail Cerai Atas Alasan Shiqaq Berpanjangan Terhadap Farid

Para peminat pasangan pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle pasti menanti keputusan penceraian antara kedua-duanya sama ada berpisah atau ditangguhkan.

Diana Danielle tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pagi ini dengan memakai pakaian serba hitam dan kelihatan tenang.

Advertisement

Namun, pelakon itu memilih untuk tidak memberi sebarang komen selepas urusan memfailkan penceraian terhadap suaminya, Farid Kamil di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.

Mahkamah menetapkan 20 November depan sebagai tarikh sebutan pertama bagi permohonan rujuk dan cerai bagi pasangan itu.

Peguam syarie yang mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata pelakon itu memfailkan cerai atas punca tiada persefahaman dan shiqaq (perbalahan) yang berpanjangan.

Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai buat kali kedua terhadap Farid Kamil pada 28 Oktober 2024.

Pasangan itu pernah bercerai talak satu pada Ogos tahun lalu dan kemudian memutuskan untuk rujuk kembali.

Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata Muhammad dan Nur Aurora.

Kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

Diana danielle bakar surat
2 months ago

Farid Kamil Utus Surat Cinta, Diana Danielle Bakar - "Jika Dia Pilih Untuk Lengahkan Proses Cerai, Itu Adalah Zalim"

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...