Sebelum ini, berita mengenai Zizan Razak yang bakal berkahwin dengan seorang gadis daripada Terengganu sekitar bulan Jun ini hangat diperkatakan. Walaubagaimanapun, sehingga hari ini masih tiada sebarang perancangan ataupun persiapan yang dilakukan oleh beliau untuk majlis tersebut.
Menerusi ruangan Cik Pang di Metro Ahad, beliau telah menemui Zizan baru-baru ini untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Menurut pelawak tersebut buat masa ini beliau tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut kerana kedua-dua belah pihak keluarga masih lagi berbincang mengenai perkara tersebut. Butir mengenai perbincangan itu juga tidak boleh dikongsikan kepada umum selagi belum ada kata putus.
Zizan juga turut memberitahu majlis pernikahan beliau masih akan diadakan tetapi keluarga mereka masih lagi mencari tarikh serta masa yang sesuai untuk melangsungkannya.
Kami tahu ramai peminat Zizan Razak diluar sana yang sudah tidak sabar untuk menyaksikan pelawak pujaan mereka bersanding di atas pelamin. Apa-apapun sebelum kahwin kita harus merancang perkara tersebut dengan teliti agar semua berjalan lancar. Kita tunggu sahaja perkembangan mengenai majlis perkahwinan beliau nanti.