Tarikh Nikah 20 Februari 2020 Itu Sekadar Gurauan – Remy Ishak

Hiburan

Tarikh Nikah 20 Februari 2020 Itu Sekadar Gurauan – Remy Ishak

Gara-gara bergurau mahu berkahwin pada 20 Februari 2020, pelakon Remy Ishak tidak sangka perkara itu dianggap serius oleh ramai sehingga kini dia tertekan, apabila ada beberapa pihak termasuk segelintir peminat bertanyakan soal pernikahannya.

Advertisement

Sebelum ini, Remy ada mengeluarkan kenyataan dia sudah memasang target untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan walaupun belum mempunyai calon isteri.

Saya tidak menyangka pula mereka sebenarnya serius dan menyiarkan berita mengenai tarikh perkahwinan terbabit.

Kecohlah juga apabila berita ini disiarkan. Ahli keluarga saya semua sudah bertanya dan mempersoalkan mengapa perkara ini tidak dibincangkan dengan mereka terlebih dulu serta siapakah calon yang bakal saya nikah.

Menurut Remy, pada usianya sekarang, tidak dinafikan dia sudah memikirkan soal berumah tangga. Bagaimanapun, Remy tiada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Saya percaya kepada jodoh yang sudah ditentukan, cuma sebagai bakal suami dan ketua keluarga banyak perkara harus difikirkan sebelum keputusan dibuat.

Nampaknya masih ada peluang untuk wanita diluar sana mencuba nasib untuk mengorat dan mencuri hati Remy. Apa tunggu lagi?

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

11 Comments

  1. tweety2805

    July 18, 2019 at 1:31 pm

    teringat Anuar Zain smp ke sudah single….
    kalau lah masa dia tgh top dulu kawen…
    dah ada berderet anak agaknya….
    jodoh kena carik bang remy weyyy…
    bukan dtg bergolek…..huhuuuu
    kot yer pon nak jaga market!

  2. faraj

    July 18, 2019 at 1:22 pm

    nikah jer dgn Neelofa…dia tgh ckp gan kucing sorang2 tu…sia Neelofa..

    • Anonymous

      July 18, 2019 at 1:33 pm

      jgn remy, jawa x suka duduk ramai berkelompok srmh, jgn jdi mcm Mawar

  3. Anonymous

    July 18, 2019 at 1:16 pm

    remy ni amek langkah berjaga2, bekas tunang lawa berduit berkerjaya pon xnak, mira yg lemah gemalai cmtu pon xnak, aku rase pasni boleh suruh girl yg fun, happy go lucky try ngurat remy kot2 berjaya jd suri hati

  4. Anonymous

    July 18, 2019 at 12:49 pm

    jgn jdi tajuk depan depan surat khabar bang, “Remy bersanding sendiri katanya”..

  5. wekkkkkkk

    July 18, 2019 at 12:45 pm

    kau punya mak dh nak buat persiapan, tpi bakal bini x ada…jdi skrg ckplah..20/2/2020..just gurauan..
    fikir dulu bang..sebelom ckp..

Loading...