Tarikh Menuju Gaji April – Mei Ada 36 Hari, Pekerja ‘Gomen’ Disaran Bijak Rangka Perbelanjaan

Kehidupan

Tarikh Menuju Gaji April – Mei Ada 36 Hari, Pekerja ‘Gomen’ Disaran Bijak Rangka Perbelanjaan

Orang ramai khususnya penjawat awam diingatkan agar lebih berhati-hati dalam merancang perbelanjaan susulan tempoh jurang pembayaran gaji antara April dan Mei tahun ini yang mencecah 36 hari.

Perkara itu mula menjadi perhatian selepas satu hantaran di Threads tular, memaklumkan bahawa pembayaran gaji bagi April dijadualkan pada 16 April 2026, manakala gaji seterusnya bagi Mei hanya akan diterima pada 21 Mei 2026.

Advertisement

gaji gomen

“Tahukah anda jurang untuk gaji April-Mei adalah selama 36 hari. Jadi, sama ada buat pendapatan sampingan atau berbelanjalah secara berhemah. Selamat merancang,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan ramai mengakui tempoh tersebut agak panjang dan memerlukan pengurusan kewangan yang lebih teliti, terutama bagi mereka yang mempunyai komitmen bulanan yang tinggi.

“Ni pun dah sesak bang nak tunggu 16 April,” katanya.

Dalam masa sama, seorang lagi pengguna, @eijaizzaty, turut meluahkan kebimbangannya apabila terpaksa menilai semula perancangan kewangan yang telah dibuat sebelum ini.

“Saya niat nak buat majlis rumah terbuka, majlis kesyukuran sikit dapat gaji ini. Harap asbab bagi makan orang, Allah limpahkan lagi rezeki kami sekeluarga, tapi ekonomi makin meruncing ni,” tulisnya.

Situasi ini secara tidak langsung menjadi peringatan kepada ramai untuk lebih bijak mengurus kewangan, termasuk mengawal perbelanjaan, merancang komitmen bulanan serta mempertimbangkan sumber pendapatan tambahan bagi menghadapi tempoh yang lebih panjang tanpa gaji.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

budi 95
2026-04-07 13:42:59

Ramai Tak Tahu, Anda Sebenarnya Boleh Mohon Hingga 300 Liter Subsidi BUDI95, Ini Caranya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...