“Tarikh Lahir Dengan Dia Hampir Sama, Kami Memang Sebaya” – Afieq Shazwan Nafi Lakukan Amang Seksual

Hiburan

“Tarikh Lahir Dengan Dia Hampir Sama, Kami Memang Sebaya” – Afieq Shazwan Nafi Lakukan Amang Seksual

Sedia maklum, beberapa hari yang lalu tular berita mengenai seorang selebriti lelaki dikenali ramai ditahan oleh pihak polis susulan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.

Afieq nafi lakukan amang seksual

Susulan nama dipetik oleh sesetengah pihak, pelakon, Afieq Shazwan menafikan perkara tersebut sewaktu ditemubual oleh pihak Harian Metro.

Advertisement

Afieq berkata dirinya menerima banyak panggilan telefon serta kiriman mesej daripada pihak media serta kenalan yang ingin mengetahui hal ini.

Ada orang kata saya adalah individu itu dengan memaklumkan drama yang saya pernah berlakon. Selain, saya juga dikaitkan kini berusia 27 tahun dan tarikh lahir pun hampir sama (dengan individu terbabit) kerana kami memang sebaya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AFIEQ SHAZWAN (@afieq.shzwn)

Aktor itu turut menegaskan dia bukan mengelak daripada mengulas hal tersebut tetapi ketika ini jadualnya terlalu padat.

Beri pesanan buat rakan selebriti

Saya taknak benda ini (dakwaan amang seksual) jadi fitnah. Cuma apa yang saya baca (komen), saya faham saja kenapa orang tuding jari itu, mungkin cuba berteka-teki.

Sempat memberi pesanan, Afieq memberi nasihat buat rakan artis bahawa untuk pandai-pandai menjaga diri susulan mereka merupakan ‘public figure’.

Sekadar info, sebelum pihak media melaporkan gadis yang menjadi mangsa amang seksual itu berkenalann dengan artis terbabit di sebuah kafe tempat kerjanya dan selepas beberapa kali pertemuan, suspek membawa mangsa bertemu di sebuah hotel.

Selebriti Terkenal Ditahan Polis, Didakwa Lakukan Amang Seksual Di Hotel Petaling Jaya
2 days ago

Selebriti Terkenal Ditahan Polis, Didakwa Lakukan Amang Seksual Di Hotel Petaling Jaya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...