Terdahulu, penyanyi berbakat iaitu Hafiz Suip telah menarik diri dari pentas Separuh Akhir Muzik Muzik Ke-37 (SFMM37).
Menurut pengurusnya Am, penyanyi berusia 32 tahun itu terikat dengan urusan peribadi yang penting dan tidak dapat dielakkannya.
Malah, Am berkata dia selaku pengurus juga agak sukar untuk menghubungi Hafiz ketika ini.
Saya kirim mesej WhatsApp kepada dia dan setakat ini masih belum dapat balasan lagi.
Dalam pada itu, pengurusnya memaklumkan Hafiz mohon maaf kepada para peminat kerana tidak dapat menyanyikan lagu yang dicalonkan itu di pentas SFMM37.
Hafiz atau nama penuhnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip sepatutnya menyanyikan lagu Berakhir Pencarianku bersama Ernie Zakri namun digantikan oleh Ahmad Syafiq dan Wani Kayrie.
Susulan itu, timbul spekulasi dalam kalangan pengguna media sosial Facebook yang mendakwa penyanyi lagu Kisah Cinta Kita itu kini sedang menyertai jemaah tabligh.
Meninjau di ruangan komen, ada segelintir pihak yang mendakwa ternampak Hafiz sedang berdakwah bersama jemaah Tabligh selama 40 hari di Kemaman, Terengganu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.