Tarif Elektrik Turun Bermula 1 Mac Ini

Trending

Tarif Elektrik Turun Bermula 1 Mac Ini

Tenaga Nasional Berhad (YNB), pengurangan tarif adalah sebanyak 2.25 sen per jam kilowatt (kwh). Bermula 1 Mac sehingga 30 Jun 2015, tarif baharu tersebut akan berkurangan daripada 38.53 sen kepada 36.28 sen untuk semenanjung malaysia.

Sementara itu di Sabah dan Labuan, penurunan tarif tersebut adalah sebanyak 1.20 sen/kWh.

Advertisement

Kabinet pada Rabu telah memutuskan penurunan tarif elektrik pada kadar 2.25 sen/kwj bagi pengguna di Semenanjung Malaysia 1 Mac-30 Jun 2015 berdasarkan semakan pelepasan kos bahan api dan penjanaan (ICPT).

Pengguna domestik bakal nikmati pengurangan bil elektrik dalam lingkungan RM13.50 sehingga RM45 dalam bil bulanan dengan penjimatan ICPT.

Penurunan ini disebabkan oleh desakkan ramai pihak yang menggesa pihak TNB agar segera menurunkan kadar tarif elektrik memandangkan selama ini nilai kos tenaga tersebut banyak dipengaruhi oleh harga minyak dunia.

Walau bagaimanapun, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) berpendapat bahawa pengurangan sebanyak 2.25 sen per jam kilowatt (kWh) di Semenanjung dan 1.20 sen/kWh di Labuan dan Sabah, yang hanya berkadar 5.8 peratus dari 1 Mac hingga 30 Jun 2015 adalah tidak signifikan.

FOMCA menggesa kerajaan untuk mendedahkan harga sebenar semasa untuk pengeluaran 1kWh elektrik berdasarkan kos sebenar dan bagaimana 5.8 peratus itu diperoleh.

FOMCA juga mahukan maklumat tentang jumlah penjimatan yang boleh dicapai oleh pengguna berdasarkan penurunan tarif tersebut serta sejauh mana harga barangan akan turut mengalami penurunan.

Sebuah petisyen telah dilancarkan untuk mendesak kerajaan Malaysia menurunkan lagi tarif elektrik sehingga 10 peratus selain menguatkuasakan tarif baharu itu sepanjang tahun 2015.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...