Tarif Elektrik Dinaikkan 4.99 sen/kwj Kepada 38.53 sen/kwj

Trending

Tarif Elektrik Dinaikkan 4.99 sen/kwj Kepada 38.53 sen/kwj

elektrik naik

Subsidi elektrik dan gas akan disemak semula, dengan kadar purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dinaikkan sebanyak 14.89 peratus atau 4.99 sen sekilowat sejam (KWJ) kepada 38.53 sen/kwj, berkuat kuasa 1 Jan 2014

Advertisement

Tarif elektrik semasa ialah 33.54 sen.

Bagaimanapun, 70.67 peratus atau 4.56 juta daripada keseluruhan 6.45 juta pengguna domestik di Semenanjung dan 62 peratus atau 260,000 daripada 418,000 pengguna domestik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, yang menggunakan elektrik pada kadar 300 KWJ dan ke bawah, tidak terlibat dengan semakan itu.

Ketika mengumumkan semakan itu di Parlimen, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata kerajaan akan terus membantu dengan memberikan rebat kepada pengguna yang bil elektriknya berjumlah RM20 dan ke bawah sehingga 31 Dis 2014.

Beliau berkata ekoran pelaksanaan tarif baharu ini, kerajaan masih perlu menanggung RM14 bilion subsidi setahun melalui pelepasan hasil perolehan gas asli ke atas semua pengguna elektrik di Semenanjung Malaysia, termasuk RM2.4 bilion setahun untuk pengguna domestik kurang daripada 300 KWJ sebulan.

Bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, subsidi yang ditanggung kerajaan sebanyak RM570 juta setahun, termasuk RM155 juta setahun untuk kategori pengguna yang sama,” kata Ongkili.

Selaras dengan penyelarasan kadar purata tarif elektrik daripada 33.54 sen/KWJ kepada 38.53 sen/KWJ, beliau berkata kerajaan akan menyelaraskan semula tarif elektrik yang melibatkan pengguna domestik, komersil dan industri.

“Bagi pengguna domestik, purata tarif akan dinaikkan kepada 31.66 sen/KWJ daripada 28.63 sen/KWJ iaitu penyelarasan sebanyak 1.21 sen/KWJ (3.03 peratus).

Purata tarif komersil akan dinaikkan kepada 47.92 sen/KWJ daripada 41.01 sen /KWJ iaitu penyelarasan sebanyak 6.91 sen/KWJ (16.85 peratus), manakala bagi tarif industri, ia dinaikkan kepada 36.15 sen/KWJ atau 5.21 sen/KWJ (16.85 peratus) daripada 30.94 sen /KWJ,” kata Ongkili.

Beliau berkata peningkatan itu melibatkan empat komponen termasuk kesan penyelarasan harga gas domestik daripada RM13.70 juta MMBtu kepada RM15.20/MMBtu ke atas tarif elektrik sebanyak 1.52 peratus atau 0.51 sen/KWJ.

Ini juga melibatkan kesan penetapan harga gas asli cecair (LNG) yang diimport pada harga RM41.68/mmBtu ke atas tarif elektrik sebanyak 10.17 peratus atau 3.41 sen KWJ,” katanya.

Selain itu, Ongkili berkata ia juga disebabkan oleh penyelarasan harga arang batu daripada AS$85 metrik tan kepada AS$87.5 metrik tan ke atas tarif elektrik sebanyak 0.51 peratus atau 0.17 sen/KWJ
“Semakan tarif asas TNB itu melibatkan kenaikan sebanyak 2.69 peratus atau 0.90 sen KWJ daripada kadar purata tarif semasa. Tarif asas tenaga ini akan dikawal selia melalui mekanisme insentif berasaskan peraturan (IBR) oleh Suruhanjaya Tenaga.

Bagi mengukuhkan kewangan negara dan ke arah penetapan harga gas berasaskan mekanisme harga pasaran, usaha rasionalisasi subsidi merupakan langkah yang perlu diteruskan oleh kerajaan,” kata Ongkili.

Di samping itu, beliau berkata kerajaan juga perlu memastikan syarikat utiliti mampu menampung peningkatan kos pembekalan elektrik dan mempertingkat pelaburan untuk menyediakan infrastruktur dan operasi pembekalan elektrik yang lebih baik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...