Genre dangdut kini dipandang negatif oleh orang rami gara-gara tarian gelek yang dipersembahkan oleh penyanyi.
Tampil mempertahankan, penyanyi, Amelina berkata setiap penyanyi mempunyai cara tersendiri untuk membawa genre.
Saya tak ada bergelek atau nampak lucah tapi biasalah pemikiran orang. Kalau orang tu negatif, tiang pun dia boleh nampak seksi.
View this post on Instagram
Bukan itu sahaja, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin berkata genre dangdut juga mempunyai peminat mereka sendiri.
Saya pernah hilang 15 tahun. Kalau ikutkan orang dah tak ingat tapi dangdut ni ada peminat dia sendiri.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 48 tahun itu berhasrat untuk membuka mata orang ramai tentang genre dangdut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.