Pelakon dan penyanyi, Siti Nordiana baru-baru ini ada berkongsi momen akhir waktu bekas suami iaitu pelakon Faizal Yusof bersama anak tunggal mereka, Muhammad Rayyan Nakhaie.
Perkara tersebut dikongsikan Siti Nordiana ketika ditemu bual satu stesen radio di mana dia mengakui kewujudan arwah Faizal sangat penting meskipun telah bercerai.
Dia merupakan abah kepada anak saya, sedih juga sebab malam sebelum dia meninggal, dia ada telefon nak ambil Rayyan. Tapi kebetulan waktu itu bukan giliran dia bersama Rayyan.
Dia kata dia teringin sangat nak bawa dan ambil Ryan ketika itu. Tapi saya tak bagi, rupanya dia memang nak sangat jumpa anak dia.
Kongsi Siti Nordiana lagi, sikap arwah juga ada berubah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir selain sering berpesan kepada Rayyan untuk menjaganya dengan meskipun anak mereka baru berusia 2 tahun lebih.
Banyak kali dia telefon dan saya dengar, “nanti Rayyan jaga mama ya”. Dia cakap banyak kali.
Kira-kira dalam sebulan sebelum dia pergi, dia jadi lain. Dia orangnya baik tapi ‘loud’. Masa dia nak pergi tu dia jadi sangat baik dan sangat lembut dengan saya.
Sekadar info, Siti Nordian dan Faizal telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2006 namun bercerai pada tahun 2009.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki. Pada tahun 2011, Faizal menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.