Pada Januari lalu, pengarah serta pelakon lelaki sensasi, Syamsul Yusof membuat pengumuman secara umum di Instagramnya bahawa dia sudah pun berkahwin untuk kali kedua bersama wanita bernama Ira Kazar.
Pengumuman tersebut dilakukan selepas isteri pertama, Puteri Sarah mendakwa suami sudah berlaku curang dengan wanita tersebut dalam jangka waktu yang agak lama.
Susulan pengumuman tersebut, reaksi daripada netizen sememangnya negatif, lagi-lagi ramai yang melabel Ira sebagai ‘penyondol’.
View this post on Instagram
Baru-baru ini, seorang netizen mendakwa di laman Instagram aktor tersebut sudah tiada lagi gambarnya bersama isteri kedua itu.
Lagi membuat perkara tersebut menjadi perhatian apabila gambar Puteri Sarah masih ada di platform tersebut.
Bagaimanapun, melalui tinjauan BeautifulNara, gambar Syamsul bersama Ira Kazar masih ada di laman Instagramnya tetapi gambar pertama mereka bersama yang dimuat naik oleh pengarah tersebut untuk memberitahu kepada netizen tentang perkahwinan mereka sudah dipadam.