Di tengah-tengah kontroversi antara Sarah Yasmine dan Aliff Aziz, ramai nama-nama artis lain yang terheret dalam isu itu membuatkan para peminat berasa risau artis kesukaan mereka turut terlibat.
Amir tak bimbang
Namun begitu, pelakon Amir Ahnaf mengakui dirinya tidak risau akan ‘dipetik’ oleh kekasih Aliff itu seperti pelakon-pelakon lain. Meskipun dia tidak menafikan pernah berjumpa Sarah, namun perkenalan tersebut hanya setakat itu sahaja.
Ketika itu saya berada di CelebFest selama tiga hari. Kebetulan gerai saya sebelah gerai Anna Jobling dan seperti kita tahu Sarah berkawan dengan Anna.
Saya selalu lepak di belakang gerai untuk makan dan mereka ada di sebelah, jadi kami lepak bersama. Dia banyak tolong angkat barang dan dia orang yang baik.
View this post on Instagram
Tiada sebarang hubungan
Tambahan pula, Amir menjelaskan dirinya tidak menjalinkan sebarang hubungan dengan Sarah selepas acara itu selesai. Katanya, dia juga tidak mahu ambil tahu tentang kontroversi mereka dan mengambil langkah untuk bersikap profesional.
Selepas itu tak ada apa-apa dah. Memang kami tak ada berhubung. Tapi Sarah memang orang yang baik sebab dia selalu tolong kami dekat gerai itu.
Saya pun tak suka ambil tahu pasal hidup orang. Banyak benda lain nak fokus lagi. Kita doakan yang baik-baiklah, kawan-kawan kot. Sebab pusing-pusing, saya akan berlakon juga dengan mereka.
View this post on Instagram
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.