Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Nurani Fauziah Derin baru-baru ini, mendedahkan beberapa faktor pelajar tidak menghadirkan diri untuk duduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Antara faktornya..
Jelas Nurani, antara punca calon tidak hadir menjawab peperiksaan SPM kerana ada yang berkahwin, bekerja, selain ada yang meninggal dunia.
Hal itu disedari oleh pihak JPNS selepas mendapati seramai 984 calon di Sabah tidak menghadirkan diri untuk jawab peperiksaan berkenaan.
Calon tidak berminat
Nurani menjelaskan hal terbabit selepas diminta untuk mengulas mengenai topik punca 984 calon SPM 2023 di Sabah tidak menghadirkan diri.
Ada yang memang mungkin kurang minat ke sekolah, tapi insya Allah kita akan lihat apa yang boleh dibantu.
Namun begitu, pengarah tersebut berkata jumlah tersebut menurun seramai 1,564 calon jika hendak dibandingkan dengan SPM 2022.