Perkongsiaan video terbaru pengacara hebat Sherry Al-Hadad baru-baru ini di Instagramnya telah meraih perhatian daripada kalangan netizen yang memaparkan dirinya memakai pakaian solat.
Di dalam video berkenaan, Sherry menunjukkan pakaian solat iaitu telekung yang dipakai olehnya sewaktu solat dan dilihat dari apa yang dipakai olehnya, sememangnya ia nampak memudahkan jika ingin menunaikan solat.
View this post on Instagram
Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji kecantikan pengacara terbabit dan mendoakan agar beliau istiqhomah dalam menutup aurat dengan sempurna di masa kelak.
Biarpun ramai yang memuji, ada juga seorang netizen yang mempersoalkan pakaian solat yang dipakai kerana di bahagian tangannya ditutup menyebabkan kulit tidak bersentuh dengan sejadah.
Komen berkenaan telah meraih perhatian ramai dan ada yang membalasnya bahawa perkara itu tidak diwajibkan tapi ada juga ulama yang mewajibkan tapak tangan dibuka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.