Isu rayuan artis yang meminta agar pihak kerajaan tidak meminggirkan penggiat seni dan memberikan bantuan khusus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan semakin hangat apabila ada pula perbalahan di kalangan selebriti sendiri.
Terbaru, pelakon Zarina Anjoulie tampil memberi teguran “pedas” terhadap Fizo Omar, selepas meninggalkan komen agak sinis terhadap video Zarina tentang artis yang dianggap “tidak malu” meminta bantuan, sedangkan sebelum ini mereka menayang kehidupan mewah.
“Tanpa sokongan dan bantuan masyarakat, kau masih mamat kampung”
Tegas Zarina, Fizo seharusnya sedar akan status dirinya sebelum ini yang berjaya kerana sokongan peminat serta masyarakat yang banyak membantu kariernya sehingga menjadi seorang yang popular.
“Kami sokong. Apa yang Anju cakap memang betul”
Rata-rata netizen setuju dan menyokong kata-kata Zarina. Disebalik jatuh bangun anak seni, pasti ada sekumpulan peminat yang menjadi tulang belakang diatas perjuangan artis tersebut. Tanpa peminat, siapalah artis?
Tidak dinafikan, apa yang dikatakan oleh Zarina itu ada betulnya. Sebelum ini ramai yang menayang kemewahan di media sosial, memberikan anggapan bahawa kehidupan artis ini kaya-raya. Kalau benar-benar susah, tidak ada salahnya untuk meminta bantuan, malah tidak perlu “demand” pelbagai dana khas dan bantuan khusus. Ikut sahaja saluran yang telah disediakan dalam inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat baru-baru ini. Apa pula pendapat anda?

rakyat biasa
March 30, 2020 at 5:35 pm
Artis pun rakyat biasa..mohon bantuan ikut saluran yg disediakan..
Anonymous
March 30, 2020 at 3:38 pm
Anju tu takde laa betul mana. Aku pun xckp fizo tu betul. Tpi kalau anju nk tlg mana2 org miskin tlg laa. Kerja yg bagus. Tpi ko tayah laa nk kutuk semua artis. Mcm ko xpenah buat salah.
Anonymous
March 30, 2020 at 2:53 pm
Fizo Dan anju dua2 ada silap sendiri. Saper yg betol atau salah tolak tepi, org2 asnaf miskin lah keutamaan untuk dibantu.
Loading
March 30, 2020 at 2:34 pm
Netizens dgn artis, Zarina pun sama level. Lupa dosa pahala bila sama pendapat. Ptuii!
Gua ushar je
March 30, 2020 at 2:28 pm
Good job anju..seeing not from one perspective..skolahkan je cukup2