Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tanpa Sokongan Masyarakat, Kau Masih Mamat Kampung – Zarina Anjoulie “Bantai” Fizo Omar

fizo omar zarina anjoulie

Isu rayuan artis yang meminta agar pihak kerajaan tidak meminggirkan penggiat seni dan memberikan bantuan khusus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan semakin hangat apabila ada pula perbalahan di kalangan selebriti sendiri.

fizo omar zarina anjoulie

Advertisement

Terbaru, pelakon Zarina Anjoulie tampil memberi teguran “pedas” terhadap Fizo Omar, selepas meninggalkan komen agak sinis terhadap video Zarina tentang artis yang dianggap “tidak malu” meminta bantuan, sedangkan sebelum ini mereka menayang kehidupan mewah.

zarina anjoulie bantai fizo omar

“Tanpa sokongan dan bantuan masyarakat, kau masih mamat kampung”

Berang dengan komen tersebut, Zarina bukan sahaja meninggalkan komen balas tetapi memuat naik video khas buat Fizo.

Advertisement

Tegas Zarina, Fizo seharusnya sedar akan status dirinya sebelum ini yang berjaya kerana sokongan peminat serta masyarakat yang banyak membantu kariernya sehingga menjadi seorang yang popular.

“Kami sokong. Apa yang Anju cakap memang betul”

zarina anjoulie fizo omar zarina anjoulie fizo omar zarina anjoulie fizo omar zarina anjoulie fizo omar

Rata-rata netizen setuju dan menyokong kata-kata Zarina. Disebalik jatuh bangun anak seni, pasti ada sekumpulan peminat yang menjadi tulang belakang diatas perjuangan artis tersebut. Tanpa peminat, siapalah artis?

Tidak dinafikan, apa yang dikatakan oleh Zarina itu ada betulnya. Sebelum ini ramai yang menayang kemewahan di media sosial, memberikan anggapan bahawa kehidupan artis ini kaya-raya. Kalau benar-benar susah, tidak ada salahnya untuk meminta bantuan, malah tidak perlu “demand” pelbagai dana khas dan bantuan khusus. Ikut sahaja saluran yang telah disediakan dalam inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat baru-baru ini. Apa pula pendapat anda?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

8 Comments

  1. Anonymous

    March 31, 2020 at 1:53 pm

    Dana khas kwsp…?? Tu bkn duit kerajaan,tp duit simpan rakyat sndri,X malu ke nk guna duit dr simpanan rakyat,rakyat menyimpan time susah blh guna,ni nk Mohon Dana kwsp…login ke guna la otakkk…barangan YG mewah Tu Jual n gadai klu xde duit xyah nk Minta duit kerajaan,tgk diri sndri Tu rasanya layak ke…

  2. Dhila

    March 30, 2020 at 11:58 pm

    Memalukanlah Artis Malaysia ni.
    Kau hanya duduk rumah ja 2minggu kuarantin ni. Front linee tu bertungkus lumus memastikan gejala wabak ni berkurang dan merawat pesakit.

  3. Coway

    March 30, 2020 at 8:57 pm

    Fuuh isu panas berapi ni.. kena tiaw2 fizo kali ni

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top