“Tanpa Pilih Kasih” – Tun Musa Aman Arah Siasatan Menyeluruh Kes Kematian Zara

Berita

“Tanpa Pilih Kasih” – Tun Musa Aman Arah Siasatan Menyeluruh Kes Kematian Zara

Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, telah mengarahkan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan telus berhubung kematian tragis Zara Qairina Mahathir. Menurut kenyataan rasmi Istana Seri Kinabalu, siasatan sedang dijalankan dan menunggu hasil bedah siasat yang dilakukan pada hari sebelumnya.

Tun Musa menegaskan bahawa siasatan perlu dilakukan dengan ketelitian dan tanpa pilih kasih, berlandaskan kebenaran dan keadilan. Beliau juga mengingatkan bahawa menuntut keadilan bukanlah balasan, tetapi merupakan perintah Allah SWT untuk melindungi yang lemah dan menghukum yang bersalah.

Advertisement

musa aman zara

Tun Musa menyeru orang ramai untuk tidak membuat spekulasi atau menyebarkan tuduhan tidak berasas, kerana ini boleh menjejaskan integriti siasatan dan menambah kesedihan keluarga mangsa. Beliau juga mengajak semua pihak untuk memberi ruang bagi proses undang-undang berjalan dengan adil.

Majlis Tahlil dan Doa untuk Zara akan diadakan pada Khamis ini selepas solat maghrib di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan semua masjid di Sabah.

rita rudaini zara
2025-08-11 13:20:52

"Cekup Soal Siasat Acik Pengetua, Warden Pun Sama" - Rita Rudaini Bersuara Lantang Kes Zara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...