Pelakon terkenal Uqasha Senrose mengejutkan ramai apabila mendedahkan bahawa tarikh sebenar pernikahannya bersama Kamal Adli tidak seperti yang diketahuinya selama ini.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Uqasha berkongsi luahan panjang selepas menghadiri prosiding pertama kes cerainya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini, yang turut menjadi detik penuh emosi buat dirinya.
Dalam hantaran tersebut, Uqasha menyatakan bahawa dia baru mengetahui dirinya sebenarnya dinikahkan pada 4 November 2021, dan bukan pada 5 November 2021 seperti yang dimaklumkan kepadanya sebelum ini.
Allah Maha Besar, MasyaAllah… satu lagi. Aku dinikahkan dan diakad atas pengetahuan aku pada 5/11/2021 jam 9 pagi, tapi rupanya di sijil nikah aku dinikahkan pada 4/11/2021 jam 9.30 malam, tanpa pengetahuan aku. Allahu Akbar…”
Menurut Uqasha, perkara itu hanya diketahui selepas prosiding mahkamah pagi tadi.
Saya baru tahu selepas prosiding mahkamah pagi tadi. Dan saya tidak tahu saya dinikah pada tarikh tersebut.
Dalam hantaran itu, pelakon filem Paku Pontianak itu turut memberi bayangan bahawa rumah tangganya bersama Kamal sudah lama berdepan masalah, namun dia memilih untuk bersabar selama ini.
“Jangan Sentuh Anak Saya” — Uqasha Senrose Tegas Enggan Libatkan Anak Dalam Isu Rumah Tangga
Difahamkan, Uqasha memfailkan permohonan cerai atas alasan tiada lagi persefahaman dan mendedahkan mereka tidak lagi tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu.
Perkahwinan pasangan selebriti itu sebelum ini berlangsung dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang dan menjadi antara majlis pernikahan paling mendapat perhatian pada tahun 2021.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.