Tular foto di media sosial apabila Khairy Jamaluddin atau dikenali sebagai KJ berpenampilan kasual tanpa diiring ramai telah membuat lawatan mengejut ke Hospital Kajang semalam, bagi melihat keadaan sebenar hospital tersebut.
Pemakaian dan gaya yang bersahaja Menteri Kesihatan Malaysia itu telah membuat ramai pihak kagum dengan sikapnya yang rendah diri dan tidak berlebihan ketika membuat lawatan.
Tidak terkecuali, pelakon Datuk Fizz Fairuz turut menghormati dan memandang tinggi usaha KJ memastikan sistem kesihatan di Malaysia berjalan dengan lancar.
View this post on Instagram
Saya respect @khairykj sebagai menteri.. tanpa menghiraukan pangkat dan darjat.. syabas YB!
Foto KJ melawat hospital secara mengejut itu mula tular selepas Ketua Program Akademi Pilihan Raya (APR), Nik Aminuddin NSS memuat naik gambar kehadiran KJ di hospital itu.
Menurutnya, KJ serta seorang pegawai dalam diam membuat lawatan tersebut tanpa diketahui pihak atasan hospital tersebut.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.