“Tanpa Bukti, Tanpa Saksi” – Gugur Air Mata Isteri Pertahankan Maruah, Suami Tuduh Buat Zina Dalam Mahkamah

Kehidupan

“Tanpa Bukti, Tanpa Saksi” – Gugur Air Mata Isteri Pertahankan Maruah, Suami Tuduh Buat Zina Dalam Mahkamah

Baru-baru ini, peguam syarie Hasanah Johari menjadi perhatian selepas dirinya berkongsi satu kisah mengenai pasangan suami isteri yang bercerai.

Suami tuduh isteri berzina

Kisah tersebut mendapat perhatian ramai susulan ramai merasakan suami bersikap kejam selepas dia menuduh isteri membuat perbuatan zina hingga membuat ke fasa penceraian.

Advertisement

Tanpa bukti, tanpa saksi dengan jelas. Suami failkan kes li’an ke atas isterinya. Apabila isteri menolak tuduhan itu, maka hakim arahkan si suami lafaz lima kali sumpah laknat.

Isteri bersumpah tak buat perbuatan zina

Kata peguam itu lagi, isterinya turut melafazkan sumpah sebanyak lima kali untuk menafikan tuduhan berat seperti didakwa suami di hadapan hakim.

Selepas mendengar sumpah kedua-dua belah pihak, hakim membuat keputusan agar pasangan tersebut berpisah buat selama-lamanya.

Kemudian si isteri pun mengangkat sumpah lima kali. Aku bersumpah dengan nama Allah bahawa suami aku telah berkata bohong dan jika aku berbohong, laknat ke atas aku dunia dan akhirat.

Tambahan Hasanah lagi, kes li’an sangat jarang difailkan oleh mana-mana pasangan yang mahu bercerai memandangkan ia memberi kesan yang cukup besar kepada isteri.

@hasanahjohari TALAQ LI’AN | BY HASANAH JOHARI dalam 1000 kes, mesti ada satu kes li’an. kes yang jarang difailkan, kerana kesannya lebih dasyat dari talaq Bain Kubro. namun kes ini, Suami telah nekad. meskipun itu, Isteri masih tidak mengaku tuduhan suami. maka sumpah telah diarahkan untuk mereka lafaz. siapa yang berdusta? siapa yang berkata benar? wallahuallam… #ketahuihakanda #khidmatnasihatguamansyarie #peguamsyarie #hja #infosyariah #mahkamahsyariah #cerai #talaq😢 #lian ♬ Cukup – Fieya Julia

isteri curang
3 months ago

Netizen Geram Dengan Tindakan Lelaki Ini Lepas Dapat Tahu Isteri Curang Bersama 'Officemate' - "Kau Bod*h Bang"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...