Tangkapan Terus Dibuat Jika Ada Individu Atau Kumpulan Yang Berkumpul Esok – Ayob Khan

Kehidupan

Tangkapan Terus Dibuat Jika Ada Individu Atau Kumpulan Yang Berkumpul Esok – Ayob Khan

Polis memberi amaran keras kepada semua dan akan terus membuat tangkapan ke atas individu atau kumpulan yang berkumpul di mana-mana lokasi sekitar negeri Johor.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, tiada amaran bersurai akan diberikan sebaliknya akan terus membuat tangkapan. Polis Johor sudah menggerakan semua elemen keselamatan termasuk kawalan bersesuaian.

Advertisement

“Sesiapa yang berkumpul tengah hari esok, kita akan terus tangkap. Zaman PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) nak berkumpul buat apa, baik duduk rumah”.

“Polis Johor sudah ambil langkah awal memantau. Kalau ada mana-mana individu atau kumpulan yang berkumpul kita akan terus ambil tindakan. Tiada lagi amaran”.

Beliau mengulas video Anonymous berdurasi dua minit 40 saat yang tular di media sosial sejak semalam mengajak orang ramai berhimpun bagi membantah pelaksanaan PKP menerusi operasi Black Democracy.

PDRM.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan akan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur dan peserta perhimpunan susulan tular satu rakaman video mengajak orang ramai berhimpun pada jam 12 tengah hari di beberapa lokasi, esok.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim, dilaporkan berkata pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas mereka yang dikesan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

SUMBER 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...