Semalam, kecoh di media sosial mengenai netizen mempertikaikan foto dimuat naik oleh pelawak Shuib bersama isteri bermain golf dengan meletakkan kapsyen ‘buat pertama kali’.
Pada mulanya hanya mendiamkan diri dan ibu Shuib saja bersuara mempertahankan anak serta menantunya di ruangan komen tetapi setelah itu, pelawak terbabit memuat naik videonya perjelaskan hal terbabit di Instagram Story.
Shuib berkata dirinya saja meletak kapsyen ‘buat pertama kali’ kerana ia benar-benar pertama kali mereka bermain golf bersama-sama.
Dalam pada itu, Watie serta Shuib turut berkata bahawa tanggunglah segala dosa-dosa kepada si pemfitnah yang memandai membuat andaian sendiri.
Jadi pada yang komen-komen macam tahu, tanggunglah dosa fitnah itu.
Sementara itu, Watie juga ada menulis bahawa dia sudah memaafkan individu-individu yang melemparkan dakwaan tidak berasas itu.
Sebelum ini tular satu video di media sosial mengenai Watie bermain golf dan menafikan suara yang ada dalam video itu milik pelawak terbabit.