“Tanggungjawab Tak Ada Tarikh Luput, Anak Tak Peduli Tuduh Mak Hasutlah, Anak Derhakalah.. Memalukan!” – Rita Rudaini Sokong Raja Azura

Hiburan

“Tanggungjawab Tak Ada Tarikh Luput, Anak Tak Peduli Tuduh Mak Hasutlah, Anak Derhakalah.. Memalukan!” – Rita Rudaini Sokong Raja Azura

Baru-baru ini, pelakon jelita, Rita Rudaini tampil memberi sokongan susulan tindakan tegas pelakon, Raja Azura menuntut nafkah anak-anaknya walaupun sudah bercerai dengan bekas suami selama 15 tahun.

Nafkah bukan isu yang boleh dipandang ringan

Menurut Rita atau nama sebenarnya, Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, nafkah satu isu yang tidak boleh dipandang ringan, sebaliknya ia merupakan satu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan.

Advertisement

Saya sokong penuh. Benda macam ni tak pernah ada kesudahan. Akhirnya kami ibu tunggal ini tetap kena teruskan. Tapi hutang tetap hutang.

ig rita rudaini

Difahamkan, Rita meluahkan perkara tersebut di platform Instagramnya pada Sabtu.

Bapa mula mendekati anak-anak bila sudah tua, minta duit anak

Dalam pada masa yang sama, pelakon itu turut berkongsikan kesedaran jangka panjang apabila bapa yang mula mendekati anak-anak semula hanya ketika usia serta kesihatan sudah semakin merundum.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Nanti dah tua, dah sakit, sibuk nak salamlah, nak peluklah, nak minta duit anaklah. Lepas tu kalau anak tak peduli, tuduh mak hasutlah, anak derhakalah. Memalukan sungguh.

Terdahulu, Raja Azura memaklumkan dirinya memfailkan permohonan untuk mendapatkan pelaksanaan penghakiman berkaitan nafkah tiga orang anaknya daripada bekas suami, Adzmin Osman, namun pelakon itu menegaskan dia tidak mempunyai niat untuk berbalah, sebaliknya hanya mahu anak-anak dapat hak yang sudah dilupakan.

2025-09-10 16:18:41

Mahu Dapatkan Hak Anak-Anak, Raja Azura Tuntut Nafkah Daripada Bekas Suami Selepas 15 Tahun Cerai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...