Sebagai pelakon, mereka bertanggungjawab untuk “menghidupkan†watak yang diberikan. Mereka juga harus mengikut arahan pengarah untuk memberikan hasil yang terbaik didalam sebuah karya.
Itulah yang dilakukan oleh Raja Ilya apabila beliau melakonkan aksi ghairah dalam filem terbaru berjudul Luqman melalui watak seorang penari jelita.
Menurut Ilya, beliau tidak merasakan dirinya dipergunakan seperti anggapan orang ramai di luar sana.
Buat Ilya, babak ghairah juga ada gunanya dan memainkan peranan penting untuk menguatkan lagi jalan cerita.
Setiap kali ada babak mencabar sebegini, pengarah pasti mempunyai sebab tersendiri untuk kepentingan jalan cerita. Sebagai pelakon, adalah menjadi tanggungjawab saya merealisasikan babak ini. Saya tidak akan melakonkan jika ia bukan kehendak skrip dan naratif.
Filem ini berbeza daripada karya komersial sedia ada. Terpulang kepada penonton untuk mentafsirkannya. Babak ghairah ada kepentingan untuk menghidupkan lagi jalan cerita.
Filem Luqman sentuhan pengarah terkenal Dr Mahadi J Murat yang turut dilakonkan oleh Josiah Hogan dan Wa Hanafi Su mengundang kritikan daripada masyarakat dan penggiat seni tanah air kerana tidak senang melihat beberapa adengan yang agak panas dan mengghairahkan dalam filem tersebut.