“Tanggungjawab Kerja Saya Tidak Sepatutnya Disalah Tafsir Sebagai Tak Peduli” – Ameera Khan Bersuara

Hiburan

“Tanggungjawab Kerja Saya Tidak Sepatutnya Disalah Tafsir Sebagai Tak Peduli” – Ameera Khan Bersuara

Pempengaruh media sosial, Ameera Khan, akhirnya tampil memberi penjelasan selepas menerima kecaman hebat kerana dikatakan tidak sensitif terhadap isu Palestin.

Ameera atau nama penuhnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, 25, menegaskan bahawa tindakannya memilih untuk berdiam sebelum ini bukanlah bermakna dia bersikap berkecuali.

Advertisement

Hati dan doa saya sentiasa bersama rakyat Palestin serta mereka yang berada di atas kapal Sumud Flotilla.

Ketahuilah bahawa saya berdiam bukanlah tanda berkecuali dan kerja saya tidak pernah mencerminkan pendirian saya terhadap kemanusiaan, tak mengubah apa yang saya yakini dan siapa yang saya sokong.

Tanggungjawab kerja saya tidak seharusnya disalah tafsir sebagai ketidakpedulian. Kepercayaan dan sisi kemanusiaan saya sentiasa bersama Palestin.

Pada masa sama, adik kepada selebriti Neelofa itu memaklumkan hasratnya untuk berbuat sesuatu bagi membantu perjuangan rakyat Palestin, namun buat masa ini hanya mampu menitipkan doa.

Ameera Khan

Sebelum ini, Ameera berdepan kecaman netizen hingga melancarkan gerakan boikot dan menyahikut media sosialnya kerana masih mempromosikan barangan yang dikaitkan dengan Israel.

Terdahulu, misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang disertai hampir 500 aktivis dari 45 negara belayar menuju Gaza sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel.

Namun, situasi bertukar gawat apabila tentera Zionis memintas konvoi tersebut serta menahan semua sukarelawan termasuk rakyat Malaysia seperti Zizi Kirana, Ardell Aryana, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ameera khan rizalman gerakan boikot
2025-10-04 14:33:44

"Contoh Pempengaruh 'Tone Deaf', Pentingkan Wang" - Ada Gerakan Boikot Ameera Khan, Rizalman?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...