Rakyat Kelantan yang masih belum melengkapkan vaksinasi dinasihatkan untuk menangguhkan perancangan untuk pulang ke kampung setelah kebenaran rentas negeri dilaksanakan nanti.
Bukan tu jer, golongan itu juga disarankan untuk melakukan saringan melalui kit ujian kendiri sebelum rentas negeri dan memastikan tiada sebarang gejala.
“Sekiranya bergejala, saya mohon jangan balik lagi dan bertenang dahulu serta patuh prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mencegah penularan pandemik”
Jangan pentingkan diri! Apapun, jangan lupa untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan agar risiko untuk dijangkiti wabak yang melanda berkurangan.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara