Tangguh Pendaftaran: UiTM Beri RM100, Pengecualian Bayaran Kolej Kepada Pelajar

Trending

Tangguh Pendaftaran: UiTM Beri RM100, Pengecualian Bayaran Kolej Kepada Pelajar

Melalui inisiatif UiTM Prihatin, Universiti Teknologi MARA (UiTM) khabarnya  memberikan insentif RM100 kepada setiap pelajar yang telah datang untuk mendaftar namun terpaksa pulang kembali ke kampung susulan penangguhan pendaftaran yang dilaksanakan.

Menurut Naib Canselor, Prof Emeritus Datuk Dr Ir. Mohd Azraai Kassim, bantuan ini juga akan membabitkan pelajar yang telah mendaftar dan terus tinggal di kolej-kolej kediaman dan di luar kolej kediaman UiTM Shah Alam dan Kampus-kampus Cawangan ketika ini.

Advertisement

Uitm

Tidak ketinggalan, pengecualian bayaran kolej untuk bulan Oktober 2020 telah dipersetujui oleh pengurusan tertinggi universiti kepada semua pelajar yang tinggal di kolej kediaman UiTM Shah Alam dan Kampus Cawangan.

“Sejumlah 3,252 pelajar telah datang mendaftar secara fizikal bermula dari 1 Oktober hingga 3 Oktober lalu. Bagaimanapun, hanya 940 pelajar memilih untuk terus kekal di kolej-kolej kediaman UiTM seluruh negara manakala, selebihnya memilih untuk pulang ke rumah masing-masing,” katanya.

Dedahnya lagi, inisiatif dan insentif yang dilakukan tersebut selari dengan saranan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad, supaya Institut Pengajian Tinggi (IPT) memahami kesulitan dan kekangan dihadapi para pelajar yang terlibat.

Uitm

“Keutamaan kita kini adalah para pelajar kekal selamat, kekal sihat dan kekal tabah dengan pandemik Covid-19,” tambahnya.

Terdahulu, untuk kemasukan ke kampus bulan ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mencadangkan semua IPT menangguhkan terlebih dahulu pendaftaran secara fizikal/bersemuka bagi pelajar baharu dan lama.

Malah, pihaknya juga tampil memaklumkan, bahawa keputusan itu wajar dilaksanakan demi kesejahteraan dan keselamatan semua pihak, susulan peningkatan kes COVID-19 yang semakin berleluasa ketika ini.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...