Tangguh Kahwin Kerana COVID-19, Pelakon Zul Ariffin Syukur Teman Wanita Seorang Yang Memahami

Hiburan

Tangguh Kahwin Kerana COVID-19, Pelakon Zul Ariffin Syukur Teman Wanita Seorang Yang Memahami

Pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin sebelum ini ada memaklumkan kepada umum bahawa dia akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun 2020, namun tiada pengumuman atau desas desus mengenai perkara itu sehingga kini.

Tambahan dengan sikap pelakon tersebut yang lebih selesa merahsiakan identiti teman wanitanya itu sehinggakan timbul pula spekulasi dalam kalangan netizen yang menyangka bahawa hubungan mereka berdua telah putus di tengah jalan.

Advertisement

Walau bagaimanapun, Zul ketika ditemui menjelaskan bahawa segala perancangan perkahwinan mereka terpaksa ditangguhkan berikutan pandemik COVID-19 yang masih berlaku ketika ini.

View this post on Instagram

Tengah usha ler ni??

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin) on

“Apabila wabak melanda dan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu, semua perancangan dibuat itu tidak menjadi termasuklah soal perkahwinan. Melihat akan keadaan sekarang, kita nak buat perancangan pun tak berani. Insya Allah, kalau tahun ini tak dapat saya bawa hasrat kahwin ke tahun hadapan,”

Dia sempat meluahkan rasa kesyukuran apabila bakal isterinya itu dilihat sebagai seorang yang amat memahami dan tidak terlalu memaksa dirinya.  Tiada pergaduhan, hanyalah sikap memahami kedua pasangan ini telah membolehkan Zul membuat persiapan yang lebih serius dan rapi.

View this post on Instagram

Throwback last year belajar ilmu bengkok pistol. Bulan depan dah boleh mengajar orang dah ?

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin) on

View this post on Instagram

Oh my god! What is this! ?

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin) on

Zul Ariffin dalam pada itu turut mengakui yang dia kini sangat bersedia untuk menjadi seorang suami. Namun, dia tetap berpegang pada prinsip untuk terus merahsiakan siapa gerangan identiti wanita yang telah mencuri hatinya itu.

Sebelum ini, pelakon filem Sangkar itu ada mendedahkan kepada peminat bahawa teman wanitanya kini bukanlah dari kalangan selebriti dan juga bukan beragama Islam.

“Tunggulah dahulu, sampai masanya, saya akan memperkenalkan. Kalau nak buat sidang media pun saya tak kisah. Saya sangat terbuka. Cuma dalam hal ini saya serahkan pada pihak sebelah sana. Apakah dia selesa atau tidak untuk diperkenalkan dengan cara begitu,” – Zul Ariffin

Sumber : BH Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...