Tanggal Gelang ‘Pink’ Untuk Keluar Rumah Masa Kuarantin, Penjawat Awam Dikompaun RM 5,000

Trending

Tanggal Gelang ‘Pink’ Untuk Keluar Rumah Masa Kuarantin, Penjawat Awam Dikompaun RM 5,000

Sikap mementingkan diri sendiri pada ketika ini mesti ditolak ke tepi demi membendung penularan wabak Covid-19 yang semakin mengganas di Malaysia. Individu yang seharusnya menjalankan sesi kuarantin Covid-19 perlu mematuhi arahan tersebut supaya tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Namun, sikap degil seorang lelaki penjawat awam yang menanggalkan gelang pink dipakainya mengundang padah apabila dia dikenakan kompaun RM 5,000 di Kampung Perlak, Padang Tengku Lipis, semalam, lapor Kosmo Online.

Advertisement

Gambar Hiasan

Menurut Supritendan Azli Mohd Noor selaku Ketua Polis Lipis berkata, individu berusia 47 tahun itu didapati melanggar arahan kuarantin dengan keluar daripada rumah untuk pergi ke kebun dan surau.

“Hasil pemeriksaan di rumah individu berkenaan, lelaki tersebut sepatutnya berada di dalam rumah telah keluar dan pergi ke kebun serta surau yang menyebabkan polis mengeluarkan kompaun RM 5,000 kepadanya”

Sumber : Kosmo Online

“Sepatutnya dalam tempoh kuarantin ini dia mesti berada di rumah dan sentiasa pakai gelang merah jambu seperti yang diarahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia” – Ketua Polis Lipis

Pun begitu, terdapat juga beberapa individu lain turut dikenakan kompaun RM 1,500 kerana tidak memakai pelitup muka di sebuah kedai gunting di Jalan Lipis-Benta.

Tambahnya, pihak polis akan terus buat membuat pemeriksaan mengejut ke atas premis-premis serta kediaman dan tidak teragak-agak untuk mengenakan kompaun kepada individu yang tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.

Sumber

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...