Pelakon, Jasmine Suraya Chin memaklumkan bahawa kawasan kediamannya di West Hollywood, Los Angeles, Amerika Syarikat berada di tahap amaran peringkat kedua dan berjaga-jaga.
Memetik dari Harian Metro, Jasmine berkata, perintah berkurung yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan sebelum ini sudah tamat, namun penduduk dinasihatkan untuk bersiap sedia dengan semua barang penting sekiranya terpaksa berpindah.
Setakat ini kawasan kediaman saya adalah di tahap amaran peringkat kedua. Tahap kritikal adalah peringkat ketiga.
Pelakon itu turut berkata, ketika ini Los Angeles berdepan dengan krisis di mana ramai yang hilang rumah disebabkan kebakaran itu.
Sekarang ini keadaan angin tidak menentu dan dijangka akan lebih kuat lagi. Ada juga tempat yang kebakaran masih berlaku. Jadi, takutlah keadaan angin itu akan buat api merebak.
Cuma, nasib baik tempat saya tinggal sekarang okay, tak kena api. Namun, kita sebagai penduduk dinasihatkan untuk berjaga-jaga sebab angin dijangka akan lebih kuat beberapa hari lagi.
Dia turut memberitahu, keadaannya masih okay cuma tangan saja terketar-ketar ketika mengemas barang apabila diarahkan berpindah serta-merta.
Saya okay saja setakat ini. Cuma seingat saya, hanya tangan yang terketar-ketar apabila nak ‘packing’ barang pada masa itu sebab telefon saya berlambak mesej masuk yang suruh cepat pergi dan bunyi notifikasi juga kuat sangat macam ‘alarm’.
Masa dapat notifikasi kena pindah serta-merta, saya pindah ke rumah kawan dulu. Ingatkan nak balik ke rumah sehari selepas itu, tapi tidak dibenarkan. Jadi, saya dengan kawan sanggup memandu jauh lebih tiga jam perjalanan ke tempat tiada kebakaran.
Sebelum ini, Jasmine memuat naik hantaran video di Instagram memaparkan kawasan kebakaran di Ranyon Canyon yang tidak jauh dari tempat tinggalnya di sana.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.