Hantaran seorang individu ini di Facebook ternyata telah menarik perhatian netizen gara-gara dakwaan gelombang telefon 5G yang dikatakan membawa mudarat kepada kesihatan manusia.
Dalam hantaran tersebut, individu itu menulis di mana badannya seperti sudah kembali sihat setelah menukar tetapan network peranti ke 4G selepas sekian lama menggunakan jaringan gelombang 5G.
Setelah menukar setting hp dari 5G ke 4G tangan dah tak rasa kebas tak rasa pening kepala macam sebelum ni. Rasanya semua yang pakai 5G boleh tukar jugak. Mengarut sangat 5G ni.
Perkongsian individu itu kemudian menuai respon negatif netizen yang menganggap kenyataannya sebagai mengarut dan tidak masuk akal,
Kata netizen, lebih baik individu itu pergi mendapatkan rawatan terhadap sakit-sakit yang dialami dan bukannya membuat kenyataan seperti itu.
Pak cik, rasa kebas pening kepala tu sebab umur dah meningkat. Nak expect apa bila dah berumur. Makin sihat macam muda-muda? Pegi hospital buat check up kesihatan.
Kaki tengok DVD masing-masing.
Terdahulu, wujud dakwaan yang mengatakan gelombang 4G menyebabkan penyakit kanser yang boleh membawa maut ketika peralihan 3G ke 4G lalu.
Namun, tiada sebarang bukti saintifik yang mengukuhkan kenyataan tersebut sehinga ke hari ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.