Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, satu perkongsian video yang memaparkan seorang rider Grab Food yang mengalami kemalangan motosikal apabila tergelincir di selekoh jalan.
Namun begitu, rider yang dikenali sebagai Muhd Danial tetap gigih meneruskan tanggungjawabnya untuk menghantar makanan ke rumah pelanggan walaupun badannya penuh dengan luka-luka.
Difahamkan, Danial yang sedang dalam perjalanan untuk menghantar pesanan tersebut terjatuh daripada motosikal apabila jalan yang dilaluinya licin dan terdapat tumpahan minyak.
Menerusi video berkenaan, Danial yang dilihat cuba menyorokkan luka-luka berkenaan daripada pelanggannya dengan memakai baju berlengan panjang telah menjadi tumpuan orang ramai.
Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa terharu melihat kesungguhan pemuda itu dalam menyelesaikan amanah yang diberi.
“Respect lu bro,” tulis seorang netizen.
“Hati-hati awak, semoga dimurahkan rezeki,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.