“Tangan Patah, Kepala Pecah…” – Gara-Gara Putus Cinta, Pelajar Kolej Buat Keputusan Terjun Dari Tingkat 6

Berita

“Tangan Patah, Kepala Pecah…” – Gara-Gara Putus Cinta, Pelajar Kolej Buat Keputusan Terjun Dari Tingkat 6

Angkara putus cinta, seorang gadis telah membuat keputusan untuk menamatkan riwayatnya dengan terjun dari tingkat 6 kediaman Blok F, Pangsapuri Seri Nilam, Jalan Wawasan Bandar Baru Ampang baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, gadis tersebut yang juga merupakan seorang pelajar tinggal bersama ibu dan tiga adik beradik yang lain di tingkat tiga pangsapuri tersebut.

Advertisement

Difahamkan, mangsa berumur 20 tahun itu mengambil keputusan untuk terjun kerana didakwa mempunyai masalah putus cinta dengan teman lelakinya.

pelajar kolej terjun dari tingkat 6 sebab putus cintaSumber : Malaysia Update 

Mangsa disyaki telah naik ke tingkat 6 pangsapuri yang sama lalu terjun ke bawah melalui balkoni.

Tambahnya lagi, gadis tersebut dijumpai di pangsapuri berkenaan dalam keadaan terlantar dan lengkap berpakaian.

Pada masa yang sama, dia memberitahu mangsa tidak dapat diselamatkan kerana mengalami kecederaan yang teruk hingga mengakibatkan pecah di bahagian kepala, kaki serta tangan pula patah.

Sehubungan dengan itu, mangsa telah dibawa ke Forensik Hospital Ampang atas tujuan untuk bedah siasat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

2 bulan lalu

"Buat Malu Saja.." - Gelaran Datuk Seri Suami Heliza Helmi Didakwa Palsu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. makcik kiah

    September 29, 2022 at 5:42 pm

    hancur luluh hati seorang ibu yang membesarkan anaknya dari dalam rahim.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...