Angkara putus cinta, seorang gadis telah membuat keputusan untuk menamatkan riwayatnya dengan terjun dari tingkat 6 kediaman Blok F, Pangsapuri Seri Nilam, Jalan Wawasan Bandar Baru Ampang baru-baru ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, gadis tersebut yang juga merupakan seorang pelajar tinggal bersama ibu dan tiga adik beradik yang lain di tingkat tiga pangsapuri tersebut.
Difahamkan, mangsa berumur 20 tahun itu mengambil keputusan untuk terjun kerana didakwa mempunyai masalah putus cinta dengan teman lelakinya.
Mangsa disyaki telah naik ke tingkat 6 pangsapuri yang sama lalu terjun ke bawah melalui balkoni.
Tambahnya lagi, gadis tersebut dijumpai di pangsapuri berkenaan dalam keadaan terlantar dan lengkap berpakaian.
Pada masa yang sama, dia memberitahu mangsa tidak dapat diselamatkan kerana mengalami kecederaan yang teruk hingga mengakibatkan pecah di bahagian kepala, kaki serta tangan pula patah.
Sehubungan dengan itu, mangsa telah dibawa ke Forensik Hospital Ampang atas tujuan untuk bedah siasat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.