Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tangan Melecur Kena Minyak Panas, Fattah Amin Larang Fazura Masak

fattah amin fazura

Pelakon Fattah Amin begitu risau apabila isteri tercinta, Nur Fazura cedera ketika memasak. Menerusi Insta Story, pelakon itu mengongsikan foto pergelangan tangan isterinya melecur akibat terkena percikan minyak panas.

tangan fazura melecur

Advertisement

Bercerita mengenai insiden tersebut, Fazura memberitahu secara tiba-tiba minyak panas meletup lalu terkena tangan kanannya. Fattah ada beberapa kali mengajaknya ke hospital, namun Fazura agak bimbang disebabkan keadaan krisis COVID-19 dimana penyebaran wabak tersebut semakin meningkat.

Sebelum ini, tidak pernah pula berlaku, tapi benda hendak jadi. Fattah banyak kali mengajak saya ke hospital. Tapi mengenangkan keadaan sekarang dan bimbang hendak ke hospital pada waktu kritikal begini, saya cuba ubati sendiri.

tangan fazura melecur

Pada awalnya Fazura agak takut melihat ada gelembung pada pergelangan tangan berikutan percikan minyak panas itu. Bagaimanapun, selepas memecahkan gelembung berkenaan dan menyapu ubat pada bahagian yang melecur, ia mula menunjukkan perubahan positif dan kulit mula kering.

Selepas saya pecahkan gelembung itu dan sapu minyak gamat, Alhamdulillah, nampak kesan luka itu semakin mengering. Terima kasih kepada peminat yang memberi pelbagai petua untuk diamalkan.Saya sangat menghargainya.

Advertisement

tangan fazura melecur minyak panas

Masih trauma dengan apa yang berlaku, Fazura berkata buat masa ini dia tidak akan memasak. Malah, Fattah juga melarangnya untuk memasak.

Dapur akan ‘ditutup’ buat masa ini. Suami pun tak bagi saya masak dan dia nasihatkan saya berehat sahaja.

tangan fazura melecur minyak panas

Bertuah Fazura mempunyai seorang suami yang sangat penyayang. Berehat je lah dan semoga cepat sembuh.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

18 Comments

  1. wan Mohd

    March 27, 2020 at 2:28 pm

    ololololol kesiannyaaaaaa

  2. Abg malek

    March 27, 2020 at 12:33 am

    Mana mau

  3. Zioe

    March 26, 2020 at 9:12 pm

    Sakit ooooo…..kena sikit pon ya ampun pedihnya….semoga sabar la ye fazura…

  4. Khaliesah

    March 26, 2020 at 7:44 pm

    Ok ini akak bagi tips ye.. Sediakan satu barang ini mesti wajib ada di dapur.. WAJIB.. Iaitu tepung Gandum.. Anak saya , saya ,anak buah kalau terkena minyak atau air panas saya akan basahkan dgn air terus letak tepung gandum.. Terus rasa sejuk dan tidak meninggalkan sebarang kesan.. Gelembong pun tidak.. Jadi sediakan brg ini di dapur semua ye.. Fattah amin pastikan brg ini ada kesian kak Fazura..

  5. Anonymous

    March 26, 2020 at 7:43 pm

    Ok ini akak bagi tips ye.. Sediakan satu barang ini mesti wajib ada di dapur.. WAJIB.. Iaitu tepung Gandum.. Anak saya , saya ,anak buah kalau terkena minyak atau air panas saya akan basahkan dgn air terus letak tepung gandum.. Terus rasa sejuk dan tidak meninggalkan sebarang kesan.. Gelembong pun tidak.. Jadi sediakan brg ini di dapur semua ye.. Fattah amin pastikan brg ini ada kesian kak Fazura..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama