Kelmarin, tular di media sosial Twitter dimana netizen telah berpusu-pusu mengkritik tindakan pelakon kanak-kanak, Mia Sara Nasuha yang memuat naik hantaran ulasan produk kecantikan yang dianggap netizen sebagai sesuatu yang tidak wajar dipromosikan.
Menerusi kemasikini tersebut, Mia dilihat telah memuat naik foto gambar tangan yang menampakkan urat kebiru-biruan sehingga dikatakan menganggu dan memberikan pengaruh tidak baik kepada pengguna bawah umur.

Ujar kebanyakan netizen, Mia Sara perlulah bijak memilih produk untuk dipromosikan kerana status dirinya sebagai artis yang mempunyai ramai pengikut media sosial.
Difahamkan produk tersebut merupakan makanan tambahan untuk memutihkan kulit dan turut dijual secara atas talian secara terbuka.
Tidak mendiamkan diri, Mia kemudian memberi respon kepada kritikan yang dilontarkan oleh seorang pengguna media sosial di mana dia memaklumkan bahawa dia tidak punya kuasa untuk memilih produk untuk dipromosikan di media sosialnya.

“Siapa cakap saya boleh memilih (untuk reviu produk). Diorang pun main cakap je kenal saya pun tidak.” tulisnya.
Meninjau ruangan komen, ramai yang memberi kritikan pelbagai sehingga ada yang menyamakn tangan itu seperti mayat.

“Tak payah telan-telan untuk putih, rosak buah pinggang. Dah meninggal nanti dapat putih macam ni..” tulis seorang pengguna media sosial.
Namun, tidak lama selepas itu, Mia Sara kemudian dilihat telah memadam hantaran terbabit mungkin kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan yang telah tercetus dalam kalangan netizen.
ikan
May 28, 2021 at 2:30 am
bodoh
influenza virus
May 27, 2021 at 10:11 pm
influenza pon influenza lah. hebat virus influenza skarang.. pandai main review2 produk pula ?
justjoking
janganpembarissangat
influenza virus
May 27, 2021 at 10:10 pm
influenza pon influenza lah. hebat virus influenza skarang.. pandai main review2 produk pula ?
justjoking
janganpembarissangat
Anonymous
May 27, 2021 at 4:41 pm
biarla putih semula jadi.. skang ni mcm mcm produk ada utk putihkan kulit.. haihhh.. yg aku tgk ada sapu dekat tgn.. pastu kt muka tak sapu?
Anonymous
May 27, 2021 at 11:36 pm
lb