Satu kejadian tragik menimpa seorang anggota tentera apabila tangan kirinya hancur kerana tersangkut pada rim motosikal yang diboncengnya, semalam.
Lapor Harian Metro, kejadian tersebut berlaku di hadapan Hospital Tentera Darat Gemas, Kem Syed Sirajuddin sekitar jam 7 pagi di mana mangsa difahamkan dalam perjalanan bagi menghadiri latihan jasmani sebelum terbabit dalam insiden tersebut.
Perkara tersebut turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahan yang memaklumkan bahawa kejadian berpunca akibat daripada jaket yang dipakai mangsa tiba-tiba tersangkut pada rantai motosikal yang dibonceng bersama seorang rakan yang lain.
Kata Anuwal, ketika sampai di hadapan hospital, jaket yang dipakai mangsa tersangkut di spoket motor jenis Yamaha Y15 yang dinaiki mereka.
TW
Tangan hampir putus akibat sweater tersangkut tayar motor.. pic.twitter.com/XqG8wztXVs
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) July 19, 2022
Ini menyebabkan baju itu terbelit dan menyebabkan pembonceng terjatuh ke sisi kiri motosikal lalu mengakibatkan tangan kirinya termasuk ke dalam rim.
Akibat kemalangan itu, anggota tentera iaitu pembonceng motosikal mengalami kecederaan parah di tangan kiri, hancur dan hampir terputus serta patah kaki kiri.
Jelasnya lagi, siasatan lanjut akan dilakukan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.