Seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di Perak telah terputus tangan kanan akibat disedut mesin pam angin dalam kejadian kelmarin.
Pelajar terbabit dilaporkan patah kaki kirinya akibat kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.30 malam pada hari itu
Memetik laporan BH Online, pelajar berusia 14 tahun itu dilaporkan sedang bekerja di sebuah bangsal ternakan ayam di Sungai Bayor, Selama, Perak.
Tangan kanan mangsa terkena mesin pam angin di bangsal itu sebelum disedut dan putus terkena bilah kipas dalam mesin tersebut.
Bapa mangsa, Mohd Rosdi Mat Shohor, 46, berkata anaknya itu mengalami trauma sebaik menyedari tangan kanannya hilang.
“Dia dihantar ke Hospital Selama sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping. Tidak lama selepas itu, doktor mengambil keputusan memindahkannya ke Hospital Kuala Lumpur, awal pagi semalam.
“Dia masih meracau kerana terkejut dengan kehilangan tangan kanan, patah tangan dan kaki kiri serta mengalami keretakan pada kepala,” katanya.
Mohd Rosdi juga berkata, anaknya itu bekerja di reban ayam tersebut kerana memahami kesusahan keluarga dan ingin membantu meringankan tanggungan.
“Saya terduduk apabila mendapat dapat tahu kemalangan yang menimpa anak saya. Saya rasa bersalah tetapi harus reda dengan takdir Tuhan,” katanya.
Mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Rosdi di talian 019-5287751