Baru-baru ini, pelakon Rita Rudaini memaklumkan anak sulungnya Airit Rayyan Rizqin telah mengalami kecederaan parah di bahagian tangan sebaik sahaja mula persekolahan selepas cuti raya Aidilfitri tempoh hari.
Perkara tersebut diuar-uarkan Rita menerusi satu hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.
Khabarnya, tangan Airit Rayyan telah patah selepas dia kembali bersekolah pada minggu lalu.
View this post on Instagram
Kejadian minggu lepas, hari pertama sekolah. Selepas break hari raya, Isnin hantar sekolah, Selasa dah patah tangan.
Namun begitu, perkongsian tersebut telah membuatkan netizen tertanya-tanya mengenai keberadaan bekas suami, Aidil Zafuan yang dilihat tidak berada di sisi anaknya ketika insiden tersebut.
Berikutan itu, Rita kemudiannya memberi respon dan memohon netizen agar berhenti mengaitkan individu yang digelar ‘arwah’ itu dengan kehidupannya.
Sikit-sikit nak tag si arwah, sikit-sikit nak tanya si polan tak datang tengok ke? adoi sudah-sudah la tu, korang pun..
Kenapa? Sebelum ini pernah nampak ‘arwah’ berjasa atau buat apa-apa jasa ke untuk diorang?
Tambah Rita lagi, dia kini sudah pun berbahagia bersama anak-anak dan tenang dan tidak perlu bersua di dunia.
“14 tahun dah, dah berbulu, dah berjanggut. Jadi tak payah la no. Nak bersua pun nantilah bersua di akhirat. Itu pun kalau dapat cari la. Kami dah cukup bahagia dan tenang sekarang” tulisnya lagi.
BACA: “Jika Pemimpin Tertinggi Negara Pun….” – PU Syed Mahu Konsert Coldplay Di Malaysia Dibatalkan