“Tangan Akhyar Rashid Ke Tu?” – Video Eyka Farhana Dipeluk Bahu, Netizen Petik Nama Pemain Bola Sepak

Hiburan

“Tangan Akhyar Rashid Ke Tu?” – Video Eyka Farhana Dipeluk Bahu, Netizen Petik Nama Pemain Bola Sepak

Pelakon, Eyka Farhana sekali lagi menjadi perhatian orang ramai apabila memuat naik sebuah hantaran video di laman TikTok miliknya memaparkan dirinya yang bersandar pada lengan seorang individu tidak diketahui.

Menerusi video tersebut, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi dilihat cuba membuat sebuah trend di aplikasi berkenaan.

Advertisement

Malah, tangan individu yang memakai baju hijau dengan stripe berwarna putih itu turut dilihat memeluk bahu pelakon Budak Tebing itu bagi melakukan video tersebut.

Tak berapa nak jadi tapi takpela kan.

@misseykaf

#freezeframe tak berapa nak jadi tapi takpela kan ????

? STFU – Digga D

Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu telah mendapat pelbagai respon daripada orang ramai dan menimbulkan spekulasi bahawa individu berkenaan merupakan seorang pemain bola sepak tempatan.

Malah, ada juga segelintir netizen yang turut memetik nama seorang pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim, Akhyar Rashid.

Apa yang lebih menyakinkan netizen apabila Akhyar atau nama penuhnya Muhammad Akhyar bin Abdul Rashid turut memuat naik hantaran di Instagram Stories miliknya dan dilihat memakai baju yang sama.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Get A Room!" - Elizabeth Tan Kongsi Gambar Cium Mulut Dengan Suami, Netizen Bagi Komen 'Kolot'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...