Pelakon, Eyka Farhana sekali lagi menjadi perhatian orang ramai apabila memuat naik sebuah hantaran video di laman TikTok miliknya memaparkan dirinya yang bersandar pada lengan seorang individu tidak diketahui.
Menerusi video tersebut, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi dilihat cuba membuat sebuah trend di aplikasi berkenaan.
Malah, tangan individu yang memakai baju hijau dengan stripe berwarna putih itu turut dilihat memeluk bahu pelakon Budak Tebing itu bagi melakukan video tersebut.
Tak berapa nak jadi tapi takpela kan.
@misseykaf #freezeframe tak berapa nak jadi tapi takpela kan ????
Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu telah mendapat pelbagai respon daripada orang ramai dan menimbulkan spekulasi bahawa individu berkenaan merupakan seorang pemain bola sepak tempatan.
Malah, ada juga segelintir netizen yang turut memetik nama seorang pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim, Akhyar Rashid.
Apa yang lebih menyakinkan netizen apabila Akhyar atau nama penuhnya Muhammad Akhyar bin Abdul Rashid turut memuat naik hantaran di Instagram Stories miliknya dan dilihat memakai baju yang sama.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.