April 2nd, 2014

Kekacakan atau kehenseman adalah satu perkara yang subjektif bagi semua orang. Secara jujur, Abang Nara memang rasa diri ini hensem. Ketika Abang Nara mengorat wife tercinta, katanya masa itu Abang Nara tak adalah hensem sangat. Namun senyuman Abang Nara memikat jiwanya. Memang “killer smile” katanya.

hensem maksimum vaseline men

Kini apabila semakin dewasa, sekali sekala apabila Abang Nara melihat wajah ini di cermin, terperasan pulak ada iras-iras Cristiano Ronaldo. Kerana tidak mahu ramai gadis-gadis di luar sana jatuh cinta dengan diri ini, Abang Nara jarang melakukan “selfie” untuk tatapan ramai di akaun sosial. Namun nampaknya kehenseman Abang Nara akan diketahui oleh orang ramai jua gara-gara peraduan Hensem Maksimum oleh Vaseline Men.

hensem maksimum vaseline men

Demi “goodie bag Vaseline Men” yang akan Abang Nara berikan kepada para pembaca BeautifulNara , Abang Nara sanggup berkongsi kehenseman diri ini untuk tatapan umum. Cabaran kali ini memang cukup mencabar. Abang Nara perlu berkongsi gambar yang paling hensem dan perlu dapat sebanyak “LIKE” yang boleh dari anda semua. Bukan senang untuk memilih gambar yang paling hensem sebab semua gambar Abang Nara hensem-hensem belaka. Pening kepala Abang Nara nak pilih gambar terbaik untuk cabaran Hensem Maksimum Vaseline Men ini.

hensem maksimum vaseline men

Cari punya cari, akhirnya Abang Nara akui kehenseman diri ini paling jelas terserlah di hari perkahwinan. Keceriaan, kegembiraan dan keriangan yang terpancar menambahkan lagi kehenseman Abang Nara yang sedia ada. Maka Abang Nara gabungkan beberapa gambar di hari bahagia dan “upload”kan untuk peraduan Hensem Maksimum Vaseline Men ini. Kalau tak menang tak tahulah nak cakap apa!!!

hensem maksimum vaseline men

Korang pun kalau rasa boleh menandingi kehenseman Abang Nara dipersilakan untuk turut serta dalam peraduan Hensem Maksimum Vaseline Men ini sebelum tarikh tutupnya pada 15 Jun 2014. Setiap minggu ada cabaran yang berbeza dan setiap minggu anda berpeluang membawa balik iPhone 5C sebagai hadiah. Pastue mana tau ada rezeki tambahan bila ada awek jatuh cinta dengan kehenseman korang dan ingin berkenalan. Tunggu apa lagi? Kalau yakin dengan kehenseman anda, sila ke Facebook Vaseline Men Malaysia sekarang jugak.


Comments are closed.

Loading...