Tandas Siap Ada Dobi! Wanita Ini Ubah Suai Rumah Flat PPR Jadi ‘Mewah’ Raih Perhatian Ramai – “Beli Rumah Ini RM35K”

Kehidupan

Tandas Siap Ada Dobi! Wanita Ini Ubah Suai Rumah Flat PPR Jadi ‘Mewah’ Raih Perhatian Ramai – “Beli Rumah Ini RM35K”

Siapa kata kalau duduk di rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) tidak boleh hias rumah cantik ala-ala duduk di rumah kondominium?

Hias rumah ala-ala duduk di kondominium

Baru-baru ini, tular di platform Instagram memaparkan seorang wanita bernama Nurul membuat house tour di rumahnya yang terletak di PPR Kampung Muhibbah, Kuala Lumpur.

Advertisement

Difahamkan, Nurul telah menyewa rumah berkenaan selama 17 tahun, sebelum dapat membelinya pada tahun lepas dengan harga RM35,000.

Biarpun hanya mendiami rumah pangsapuri, tetapi ia bukanlah penghalang buat wanita terbabit untuk menunjukkan bakatnya dalam menhiasi rumah.

Ubah suai tandas jadi tandas mewah, siap ada ruang dobi!

Dalam pada itu, Nurul berkata kerana rumah PPR kebiasaannya memang mempunyai keluasan yang terhad, jadi tandas di dalam rumah itu telah diubah suai menjadi tandas mewah ala-ala di hotel.

Biasa PPR rumah kecil, tiada tempat untuk gantung baju jadi idea saya adalah untuk sekalikan tandas dan bilik dobi.

Kata Nurul lagi, ketika masih menyewa, dia hanya menggunakan perabot biasa tetapi selepas dibeli, wanita tersebut membuat keputusan untuk mengubah suai rumah mengikut cita rasanya.

3 months ago

Sistem Kad Akses Akan Dilaksana Di Flat PPR Tahun Hadapan Untuk Tangani Perangai Penghuni Liat Nak Bayar ‘Maintenance’

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...